• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Penguat Kuasa Direman Disyaki Minta Rasuah

oleh Mohd Arshad
20/11/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Empat Penguat Kuasa Direman Disyaki Minta Rasuah
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Empat penguat kuasa direman empat hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perbuatan itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang bagi kesalahan cukai jalan dan permit Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) yang telah tamat tempoh.

Perintah reman terhadap suspek bermula pada Rabu sehingga 24 November ini dikeluarkan oleh Majistret, Nurul Azuin Mohd Talhah di Mahkamah Majistret di sini.

Menurut sumber, keempat-empat suspek lelaki berusia antara 20 hingga 40-an itu telah ditahan kira-kira jam 5 hingga 6 petang pada Selasa ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai melakukan perbuatan meminta dan menerima rasuah pada 12 November lalu di Lebuhraya PLUS berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Seremban.

“Salah seorang suspek disyaki menerima wang rasuah melalui transaksi pindahan ke akaun bank milik seorang individu lain (pihak ketiga) berjumlah RM1,000,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

SinarHarian-

Tags: Diremanpenguat kuasarasuahSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap seorang kakitangannya kerana membuang sampah daripada kenderaan rasmi selepas...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd