Thursday, December 5, 2024

Creating liberating content

Pembangkang Diingat Jangan Bawa...

YAN - Pihak pembangkang diingatkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat dengan...

‘Bukan Saya Mr H’...

KOTA BHARU: Naib Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Hisyamuddin Ghazali menafikan dakwaan kononnya beliau...

Zon Ekonomi & Teknologi...

WUHAN, China - Universiti Fudan di Shanghai dipenuhi dengan syarikat-syarikat dari Bandar raya...

Nenek Didakwa Bunuh Cucu...

SELAYANG - Wanita warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, atas pertuduhan...

Mahkamah Narathiwat Tolak Permohonan Ikat Jamin Enam Warga Malaysia Disyaki Miliki Dadah

NARATHIWAT: Mahkamah Narathiwat telah menolak permohonan ikat jamin bagi semua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman semalam kerana disyaki memiliki dadah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkara itu disahkan Ketua Polis Bahagian Siasatan Balai Polis Sungai Golok, Mejar Pol Hafit Mad-asin kepada wartawan pada Selasa.

“Bagi siasatan melibatkan warga asing yang melibatkan jumlah dadah yang besar, mahkamah tidak akan membenarkan suspek-suspek diikat jamin kerana dikhuatiri mereka akan melarikan diri,” katanya.

Semua dadah yang ditemukan di bilik hotel telah dihantar ke makmal Pusat Forensik di Yala untuk ujian DNA bagi mengenal pasti jenis dadah serta pemiliknya, sebelum diserahkan kepada kepada pendakwa raya untuk menentukan tarikh pendakwaan di mahkamah, katanya.


Menurut Hafit, semua suspek akan ditahan di Penjara Narathiwat selama 84 hari atau kira-kira tiga bulan sementara menunggu tarikh pendakwaan.

Pada Jumaat lalu, enam suspek warga Malaysia berusia antara 25 hingga 34 tahun telah ditahan dalam satu serbuan oleh Bahagian Narkotik Balai Polis Sungai Golok di sebuah hotel berhampiran Sungai Golok sekitar pukul 5 pagi, atas kesalahan memiliki dadah.

Siasatan polis mendapati semua suspek disyaki memiliki 6,000 biji pil jenis “pil kuda” dan turut melakukan kesalahan memasuki Thailand tanpa dokumen sah.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori