Thursday, December 5, 2024

Creating liberating content

PKR Umum Pengerusi Majlis...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan lantikan baharu Pengerusi...

Gary Steven Berlepas Ke...

KUALA LUMPUR - Pemain Johor Darul Takzim (JDT), Gary Steven Robbat telah berlepas...

Petugas Media Terima Janji...

KUALA LUMPUR - Lebih 5,000 pengamal media daripada 144 agensi akan mula mendapat...

Lelaki Didakwa Cederakan Rakan...

Kuala Terengganu : Lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari...

LPP Nafi Tidak Pernah Tegur Lembaga Pengarah NAFAS

ALOR SETAR : Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menafikan dakwaan pihaknya tidak pernah membuat teguran terhadap Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sebelum bertindak menggantung mereka berkuat kuasa kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar, berkata Ketua Pengarah Pertubuhan Peladang, Amir Matamin sudah beberapa kali memberi teguran namun tidak diendahkan sehingga keputusan menggantung perlembagaan NAFAS dibuat.

“Perkara ini sudah berlaku lama, sudah berapa tahun, ada teguran dan sebagainya dan saya difahamkan ada sampai ke peringkat menimbulkan ugutan daripada pihak mereka.

“Jadi Ketua Pengarah sebagai Pendaftar kena bertindak, tidak timbul dia tidak tegur, dia sudah memberi peringatan sebelum-sebelum ini, saya tak ingat beberapa kali tapi yang terakhir memang ada teguran apabila mereka bertindak sesuka hati tanpa rujuk kepada pendaftar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang menyifatkan penggantungan Perlembagaan oleh Amir disebabkan konflik dalaman dan ketidakharmonian sebagai alasan lemah dan sepatutnya berunding terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, pihaknya berharap Ahli Lembaga Pengarah berkenaan bersabar berikutan mereka hanya digantung tugas dan bukan dipecat.

Katanya, individu terbabit dijangka boleh kembali dalam NAFAS selepas pentadbir kembali ‘mengharmonikan’ dan ‘meluruskan’ pengurusan NAFAS.


“Mereka cuma digantung, jangan ada kebimbangan apa-apa yang penting mereka terus berhubungan dengan pendaftar, tiada masalah pun untuk itu.

“Dulu Perlembagaan NAFAS pernah digantung (1 Jun 2018) zaman Datuk Salahuddin Ayub sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam tempoh yang beberapa lama, jadi tak timbul benda ini tergesa-gesa dan tak pernah berlaku dan sebagainya, ia pernah berlaku.

“NAFAS akan beroperasi seperti biasa dan saya harap Ahli Lembaga Pengarah yang digantung bersabar,” katanya.

Kelmarin media melaporkan Pendaftar Pertubuhan Peladang menggantung Perlembagaan NAFAS, dikeluarkan Ketua Pengarah Pertubuhan Peladang, Amir selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang mengikut Seksyen 20(1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109).

Amir berkata, ketidakharmonian NAFAS berlaku apabila pihak Jemaah Pengarah membelakangi keputusan pendaftar dengan bertindak sendiri mengeluarkan kenyataan-kenyataan media sebelum merujuk kepada pendaftar.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori