• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korea Selatan Lengkapkan Sistem Pemintas Peluru Berpandu Jarak Jauh

oleh Mohd Arshad
29/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Korea Selatan Lengkapkan Sistem Pemintas Peluru Berpandu Jarak Jauh
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL : Korea Selatan hari ini mengumumkan sudah selesai membangunkan sistem pemintas peluru berpandu balistik baharu, menambah satu lagi lapisan pada sistem pertahanan negara itu untuk melindungi ancaman peluru berpandu Korea Utara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Langkah itu diambil selepas Korea Utara mengisytiharkan Korea Selatan sebagai ‘musuh’ dan bukan lagi rakan dalam usaha penyatuan, yang menandakan perubahan dasar selepas beberapa dekad serta meningkatkan ketegangan yang bermusuhan sepanjang tahun ini.

Peluru berpandu permukaan-ke-udara jarak jauh (L-SAM) direka untuk menangkis peluru berpandu balistik atau pesawat yang datang pada ketinggian lebih 40 kilometer dalam fasa akhir penurunannya, kata kementerian Pertahanan.

Selepas 10 tahun dibangunkan, L-SAM dijangka mula beroperasi pada pertengahan hingga akhir 2020-an selepas pengeluaran besar-besaran bermula pada 2025, tambah kementerian dalam satu kenyataan.

“Ini adalah senjata canggih yang menangkis peluru berpandu musuh pada ketinggian tinggi untuk mengurangkan kerosakan di daratan, memperluaskan keupayaan pertahanan peluru berpandu tentera kami ke ketinggian yang lebih tinggi dan kawasan yang lebih luas,” kata kenyataan itu.

“Tambahan baharu ini akan melengkapkan sistem peluru berpandu Patriot Amerika Syarikat (AS) dan interseptor jarak sederhana Cheongung II, kedua-duanya sudah beroperasi,” kata agensi pembangunan pertahanan Korea Selatan (ADD).

Seperti sistem pertahanan Terminal High Altitude Area Defence (THAAD) yang ditempatkan di Korea Selatan, L-SAM menggunakan ‘manuver hit-to-kill’, bergantung kepada teknologi canggih untuk menyelaraskan penerbangannya bagi menyerang sasaran musuh yang datang, kata Kementerian Pertahanan.

Korea Utara sudah menguji pelbagai peluru berpandu balistik dalam tempoh lima tahun lalu dan terus memajukan senjatanya, termasuk peluru berpandu jarak pendek yang direka untuk menyerang sasaran di Korea Selatan, yang telah ditetapkan oleh Pyongyang sebagai ‘musuh utama’.

Sebelum ini, kedua negara jiran itu pernah terbabit dalam pertempuran tembakan meriam laut, dan pada 2010, serangan artileri oleh Korea Utara mengenai sebuah pulau di Korea Selatan, namun Korea Utara belum lagi melancarkan sebarang peluru berpandu ke arah selatan.

Pada 2022, sebuah peluru berpandu balistik jarak pendek yang dilancarkan dari pantai timur Korea Utara melintasi sempadan maritim de facto dan mendarat di perairan antarabangsa, menyebabkan Korea Selatan melancarkan peluru berpandu sebagai langkah tindak balas.

-Sinar Harian

Tags: Korea SelatanPeluru Berpandu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Bunuh: Mahkamah Diberitahu Dua Saksi Nampak Pelajar Dipukul

Next Post

Lebih 400 Kucing Jalanan Mungkin Mati, Pusat Jagaan Dinaiki Air Lebih Tiga Meter

Related Posts

Tujuh Maut, 67 Cedera Serangan Peluru Berpandu Russia Di Timur Ukraine

Tujuh Maut, 67 Cedera Serangan Peluru Berpandu Russia Di Timur Ukraine

08/08/2023
0

POKROVSK: Pasukan penyelamat menjalankan kerja-kerja pencarian mangsa di lokasi kejadian serangan ke atas beberapa bangunan di timur Ukraine. Ikuti Mynewshub: Telegram...

26 Maut Dalam Banjir, Tanah Runtuh Korea Selatan

26 Maut Dalam Banjir, Tanah Runtuh Korea Selatan

16/07/2023
0

SEOUL – Kementerian Dalam Negeri Korea Selatan memaklumkan bahawa kejadian banjir dan tanah runtuh di wilayah tengah negara itu telah...

Next Post
Lebih 400 Kucing Jalanan Mungkin Mati, Pusat Jagaan Dinaiki Air Lebih Tiga Meter

Lebih 400 Kucing Jalanan Mungkin Mati, Pusat Jagaan Dinaiki Air Lebih Tiga Meter

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd