• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kertas Siasatan Penuntut UPNM Dipijak Senior Akan Dirujuk Ke TPR

oleh Mohd Arshad
17/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kertas Siasatan Penuntut UPNM Dipijak Senior Akan Dirujuk Ke TPR
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes buli seorang penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa dipijak senior pada 21 Oktober lalu, akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata kertas siasatan kes sedang dilengkapkan.

“Setakat ini, 13 individu diambil keterangan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada TPR,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, polis merakam keterangan 13 individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut UPNM yang retak tulang rusuk dipercayai dipijak penuntut senior.

Penuntut Tahun Tiga UPNM yang didakwa memijak mangsa sudah dirakam percakapan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, susulan laporan dibuat bapa mangsa.

Rakaman percakapan itu untuk melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Penuntut tahun satu UPNM berusia 19 tahun itu retak tulang rusuk dan tulang belakang dipercayai dipijak penuntut senior.

Kejadian dikatakan pada 21 Oktober lalu, sehari sebelum seorang pelatih universiti sama dilaporkan melecur di badan akibat ditekap dengan seterika oleh senior.

BHonline-

Tags: Kertas Siasatanpenuntut UPNMTPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd