Friday, December 6, 2024

Creating liberating content

Wanita Dikecam, Salah Guna...

SEORANG wanita telah dituduh menyalahguna wang sumbangan untuk rawatan anak perempuannya yang menghidap...

10 Pengayuh Basikal Negara...

NEPAL - Sepuluh pengayuh basikal negara yang menyertai Ekspedisi Kayuhan Altitud Tinggi Annapurna...

Hanya Pakai Garpu Pecah...

AMPANG JAYA - Hanya guna garpu untuk menjalankan kegiatan jenayah pecah rumah. Itu...

Phelps, Katie Cipta Kembali...

GENAP 10 tahun lepas, si comel Katie Ledecky yang berusia sembilan tahun teruja...

JKM Sita Taska Haram Abai Aspek Keselamatan

MELAKA – Pagar tidak berkunci selain kawasan luar tidak terurus hingga menjadi sarang kerengga dan haiwan berbisa antara faktor sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) haram di Batu Berendam disita oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini, pada Rabu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tinjauan mendapati bukan sahaja keadaan persekitaran bersemak malah terdapat lubang pembentungan yang tidak bertutup sekali gus mengundang bahaya kepada warga taska yang terdiri daripada 14 bayi dan kanak-kanak.

Pengarah JKM Melaka, Halyjah Muhammad berkata, tindakan menutup operasi ini kerana taska yang telah lebih dua tahun beropersi itu tidak berdaftar dengan pihaknya biarpun amaran secara lisan telah diberikan kepada pengusaha taska terbabit pada Ogos lalu.

Menurutnya, kewujudan taska yang tidak berdaftar seperti ini juga disebabkan adanya permintaan dalam kalangan ibu bapa yang berdegil dan sanggup mengambil risiko menghantar anak mereka ke tempat yang kurang aspek keselamatan dan kebersihan.

Malah katanya, taska terbabit bukan sahaja menempatkan bayi dan kanak-kanak berusia bawah empat tahun malah turut dijadikan transit murid sekolah berdekatan.

“JKM terpaksa mengambil tindakan Lak (notis sita) dan berikan notis kepada pengusaha kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-1984 dan Peraturan Taman Asuhan Kanak2-kanak 2012.


“Jadi saya mohonlah ibu bapa, jangan adakan permintaan-permintaan begini sebab kalau ada permintaan daripada ibu bapa taska begini akan tumbuh lebih banyak lagi,” katanya kepada pemberita selepas operasi Lak di Batu Berendam di sini, pada Rabu.

Tambahnya, terdapat lebih 10 lagi taska serta pusat jagaan haram yang akan disita sepanjang bulan ini.m dan pihaknya JKM akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengenakan tindakan terhadap pengusaha perniagaan yang mengambil ringan.

Jelasnya, antara alasan diberikan pengusaha degil dan tamak ini adalah kerana mereka tidak nampak risiko dan sebarang tindakan tegas yang boleh dikenakan terhadap mereka.

“Antara alasan lain mereka dakwa dikenakan kos tinggi untuk pendaftaran dengan agensi-agensi berkaitan selain bayaran kepada perunding sedangkan isu itu tidak sepatutnya timbul kerana mereka menjalankan perniagaan,” katanya lagi.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori