• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden Renjatan Elektrik: Pasukan Petugas Khas Ditubuhkan, Operasi Bas Digantung

oleh Mohd Arshad
03/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Insiden Renjatan Elektrik: Pasukan Petugas Khas Ditubuhkan, Operasi Bas Digantung
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan petugas khas (Special Taskforce) dan menggantung serta-merta operasi bas terbabit dalam insiden renjatan elektrik sehingga meragut nyawa seorang remaja lelaki di Pulau Pinang pada Jumaat lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pasukan petugas khas ini terdiri daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Menurut Loke, beliau telah mengarahkan APAD untuk segera menggantung operasi bas yang terlibat bagi membolehkan siasatan lanjut oleh JPJ.

“Kementerian Pengangkutan memandang serius insiden renjatan elektrik yang meragut nyawa seorang remaja ketika beliau sedang mengecas telefon dalam bas ekspres yang dinaikinya.

“(Pasukan petugas khas) diaktifkan untuk menyiasat punca insiden tersebut bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang dan keselamatan penumpang sentiasa terjamin. 

Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mengecas telefon bimbit di soket dalam sebuah bas ekspres di Penang Sentral, Pulau Pinang pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman berkata mangsa Mohamad Nur Asymawi Jasmadi,18, ditemukan maut dalam kejadian kira-kira pukul 6.10 petang.

Hasil pemeriksaan awal polis terhadap tubuh mangsa mendapati terdapat kesan melecur di jari sebelah kiri, yang disyaki berpunca daripada renjatan elektrik. Pemeriksaan turut mendapati penghujung kabel yang digunakan cair, dan telefon bimbit mangsa berada dalam keadaan panas, katanya. 

-Bernama

Tags: Insiden Renjatan Elektrik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Enam Rakyat Malaysia Yang Ditahan Di Sungai Golok Positif Dadah

Next Post

Malaysia Anjur Forum Zakat Dan Wakaf Dunia 2025

Related Posts

No Content Available
Next Post
Malaysia Anjur Forum Zakat Dan Wakaf Dunia 2025

Malaysia Anjur Forum Zakat Dan Wakaf Dunia 2025

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd