• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Insiden Buli Di UPNM Bertentangan Nilai Kemanusiaan, Prinsip Keamanan’

oleh Mohd Arshad
11/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Insiden Buli Di UPNM Bertentangan Nilai Kemanusiaan, Prinsip Keamanan’
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Insiden buli di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) jelas bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan prinsip keamanan yang sepatutnya diterapkan dalam institusi pendidikan di negara ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Presiden Alumni Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri berkata, universiti terbabit digesa mempertingkatkan langkah pencegahan dan perlindungan menyeluruh terhadap keselamatan mahasiswa.

Menurut beliau, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terbukti terlibat dalam insiden berkenaan bagi memberikan mesej jelas bahawa tiada kompromi tentang buli dan keganasan.

“Alumni MPPK meminta agar mahasiswa menolak budaya ini dalam apa jua bentuk. Mahasiswa adalah pemimpin masa depan, sikap tanggungjawab serta hormat-menghormati patut menjadi asas perhubungan sesama pelajar.

“Kejadian ini amat mencemarkan reputasi institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai tempat membentuk generasi muda yang berilmu, berintegriti dan mempunyai jati diri tinggi.

“Budaya buli tidak boleh diterima sama sekali kerana ia bukan sahaja mengancam keselamatan fizikal, tetapi juga memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental dan kesejahteraan komuniti kampus,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Rabu lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memaklumkan, seorang pegawai kadet tahun dua di Akademi Latihan Ketenteraan UPNM (ALK-UPNM) dipercayai menjadi mangsa buli dan dera.

Mangsa yang mengambil jurusan kejuruteraan itu didakwa dibuli penuntut senior dan kes terbongkar selepas pemeriksaan berkala dijalankan jurulatih bertugas yang menyedari terdapat kesan kecederaan pada tubuh badan.

ATM turut menyatakan, tindakan disiplin bakal dikenakan kepada pihak yang terlibat, jika terbukti bersalah.

Sebelum ini, UPNM juga digemparkan dengan kejadian membabitkan seorang pelajar ditekap menggunakan sterika di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur.

Terbaharu, seorang pelajar tahun satu universiti berkenaan cedera parah dengan keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak penuntut senior dalam kejadian pada 21 Oktober lalu.

SinarHarian-

Tags: Insiden bulinilai kemanusiaanUPNM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Serangan Sengaja Israel Terhadap Anggota Pengaman PBB Tidak Boleh Diterima – Perancis

Next Post

JKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana, Aplikasi Sistem eBencana Hadapi MTL

Related Posts

Hentikan Serta-merta Budaya Dera Di UPNM – Agong

Hentikan Serta-merta Budaya Dera Di UPNM – Agong

03/12/2024
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan supaya budaya penderaan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) perlu dihentikan...

Dakwaan Kadet UPNM Dibuli, Biar Polis Siasat – Anwar

Dakwaan Kadet UPNM Dibuli, Biar Polis Siasat – Anwar

01/11/2024
0

Kuala Lumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan siasatan kepada pihak polis berhubung kejadian membabitkan pelajar kadet Universiti...

Next Post
JKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana, Aplikasi Sistem eBencana Hadapi MTL

JKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana, Aplikasi Sistem eBencana Hadapi MTL

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd