• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadiah Deepavali Buat Pekebun Bebas Tuduhan Bunuh Ibu Saudara

oleh Mohd Arshad
05/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Hadiah Deepavali Buat Pekebun Bebas Tuduhan Bunuh Ibu Saudara
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

G Gobinathan, 48, turut bersyukur selain meluahkan kelegaan dan gembira kerana dapat berjumpa ibunya yang sudah tua.

“Selepas ini, saya akan balik jumpa mak berusia 75 tahun di Bandar Sri Jempol, dia tahu hari ini keputusan mahkamah tetapi tak dapat datang dan keputusan saya dibebaskan belum diketahuinya, saya nak terus jumpa beritahu berita gembira ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas keputusan itu.

Terdahulu, Hakim Datuk Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Gobinathan di akhir kes pendakwaan.

“Selepas membuat penilaian yang menyeluruh, saya memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut tanpa perlu dipanggil membela diri,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Gobinathan didakwa membunuh A. Nirmala, 54, di sebuah rumah di kampung di Ayer Hitam, Jempol dekat sini antara jam 7.30 malam hingga 3.30 pagi pada 3 hingga 4 Mac 2021, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisa Hazwani Omar manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.

Sebanyak 13 saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula 20 November 2023.

Bernama-

Tags: Deepavalihadiahpekebun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu FashionValet: Proses Rakam Percakapan Vivy, Suami Masih Berjalan – SPRM

Next Post

PFWP Cadangkan Israel Disingkir Sebagai Anggota PBB

Related Posts

Lelaki Didakwa Bakar, Bunuh Ibu Tiga Anak

Lelaki Didakwa Bakar, Bunuh Ibu Tiga Anak

19/03/2025
0

BATU PAHAT – Seorang pekebun didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu atas pertuduhan membunuh kenalan wanita yang juga...

Pekebun Disyaki Rogol Anak Sejak 10 Tahun Lalu

Pekebun Disyaki Rogol Anak Sejak 10 Tahun Lalu

23/01/2025
0

TELUK INTAN: Seorang pekebun ditahan di Changkat Jong di sini, semalam, kerana disyaki merogol anak perempuannya sejak 10 tahun lalu.IKUTI...

Next Post
PFWP Cadangkan Israel Disingkir Sebagai Anggota PBB

PFWP Cadangkan Israel Disingkir Sebagai Anggota PBB

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd