• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Di Jejantas

oleh Mohd Arshad
13/11/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Dua Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Di Jejantas
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kes bunuh susulan penemuan mayat seorang lelaki warga asing di tangga jejantas berhadapan sebuah hotel di Taman Sri Tebrau di sini, bulan lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kedua-dua suspek warga tempatan berusia 44 dan 62 tahun itu ditahan di sekitar Taman Maju Jaya di sini jam 8 malam pada Ahad lalu.

Menurutnya, barangan yang disyaki digunakan ketika kejadian turut dirampas ketika serbuan dan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung motif pembunuhan.

“Pada 19 Oktober lalu, polis menerima satu laporan menyatakan seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah di tangga jejantas berhadapan sebuah hotel di Taman Sri Tebrau di sini.

“Siasatan yang dijalankan mendapati mangsa adalah seorang lelaki warga asing, berusia 35 tahun dan (ditemukan) dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan terdapat tiga kesan luka tikaman berukuran tiga hingga lapan sentimeter pada tubuh badannya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan luka tikaman pada bahagian dada dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Raub memberitahu kedua-dua suspek didapati mempunyai 21 dan 20 rekod berkaitan jenayah dan dadah, bagaimananpun tiada rekod sebagai individu dikehendaki.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif methamphetamine.

“Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan,” katanya.

SinarHarian-

Tags: ditahankes bunuh jejantaslelaki
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Azalina Tolak Dakwaan ‘Waris’ Sulu Boleh Pajak Sabah, Cabar Mereka Untuk Cuba

Next Post

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

Related Posts

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan seorang penyanyi rap antara tiga lelaki rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Laos, dipercayai cuba...

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Pergaduhan Di Dataran Merdeka

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Pergaduhan Di Dataran Merdeka

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan sekumpulan individu di Dataran Merdeka yang videonya tular...

Next Post
Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd