• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beruang Matahari Mati Dilanggar Di LPT2

oleh AK-47
06/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Beruang Matahari Mati Dilanggar Di LPT2
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Terengganu : Seekor beruang matahari jantan ditemukan mati selepas dilanggar kenderaan di Kilometer (KM) 406 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT) pada kira-kira 8 pagi hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Loo Kean Seong berkata beruang seberat 60 kilogram itu mati di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Beliau berkata bangkai haiwan liar itu telah diambil oleh anggota Perhilitan dan ditanam di kawasan sesuai.

“Enam anggota Perhilitan telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan namun beruang tersebut telah mati akibat cedera parah di kepala.

“Saya menasihatkan orang ramai yang melalui kawasan LPT2 supaya lebih berhati-hati terutama pada waktu malam bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya ketika ditemui di Wisma Darul Iman.

Dalam perkembangan lain, Loo berkata pihaknya juga menerima laporan mengenai seekor beruang yang berguling kesakitan di atas jalan di LPT2 dipercayai dilanggar kenderaan pada Ahad lalu.

Video mengenai kejadian tersebut dikongsikan di Facebook oleh seorang pengguna laman sosial itu dikenali sebagai Khairul Nizam.

“Kita telah mengarahkan anggota ke lokasi kejadian iaitu di KM 422 LPT2 Ahad lepas tetapi beruang berkenaan sudah tidak kelihatan.

“Kami percaya haiwan liar itu sudah kembali ke hutan berhampiran. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh lapor kepada Perhilitan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: beruang matahari
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PERHILITAN Tangkap Beruang Matahari Di Tanah Merah

PERHILITAN Tangkap Beruang Matahari Di Tanah Merah

29/05/2024
0

TANAH MERAH : PERHILITAN Kelantan menangkap seekor beruang matahari betina di Kampung Air Asahan Hulu di sini, semalam. IKUTI CHANNEL...

Bomba Cedera Digigit Beruang Matahari

Bomba Cedera Digigit Beruang Matahari

02/02/2023
0

YAN - Seorang pegawai bomba bantuan cedera akibat digigit seekor beruang matahari yang sesat di Kampung Kabu Sepuluh, Selengkoh Tengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd