• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Hadir Perlumbaan GP Malaysia 2024

oleh Mohd Arshad
03/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Anwar Hadir Perlumbaan GP Malaysia 2024
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa hadir perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketibaan Anwar disambut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim serta Pengerusi SIC Tan Sri Mohamed Azman Yahya dan dibawa meninjau ke petak permulaan sebelum perlumbaan MotoGP berlangsung jam 3 petang tadi.

Selepas perlumbaan bermula, Anwar kemudian beramah mesra bersama pengamal media tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan GP Malaysia 2024 di pusat media SIC.

Beliau turut mengambil peluang berkunjung ke Pavilion Petronas dan Rakan Muda yang terletak di pekarangan mall area SIC.

Perlumbaan MotoGP hari ini menyaksikan persaingan sengit perebutan gelaran dunia antara juara bertahan Francesco Bagnaia daripada Ducati Lenovo Team dan pencabar terdekatnya, Jorge Martin daripada Prima Pramac Racing.

Martin ketika ini mendahului kedudukan kejuaraan dunia MotoGP 2024 dengan 465 mata manakala Bagnaia pula berada di tempat kedua dengan 436 mata.

Terdahulu, pelumba Moto2 daripada pasukan Red Bull KTM Ajo Celestino Vietti memperoleh gelaran ketiga musim ini manakala juara dunia baharu Moto3, David Alonso daripada CFMOTO Gaviota Aspar pula menampilkan tunggangan hebat untuk merangkul gelaran ke-13 musim ini. 

–BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimGP Malaysia 2024
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd