• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pungutan Hasil Kastam RM48.97 Bilion Setakat Bulan Lalu, Lepasi Sasaran Ditetapkan

oleh AK-47
10/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pungutan Hasil Kastam RM48.97 Bilion Setakat Bulan Lalu, Lepasi Sasaran Ditetapkan
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG : Pelaksanaan Sistem Dokumen Sokongan Import Eksport (SDSIE) berjaya meningkatkan pungutan hasil Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hingga melebihi sasaran iaitu RM48.97 bilion berbanding RM42.42 bilion yang ditetapkan setakat bulan lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Peningkatan sehingga 15.43 peratus iaitu penambahan RM6.544 bilion bagi suku ketiga tahun ini membuktikan SDSIE yang dibangunkan secara ‘web-based’ dapat memperkasakan tahap kecekapan taksiran dan pelepasan kastam di pintu keluar dan masuk negara.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin, berkata reformasi prosedur operasi standard menerusi SDSIE yang dilaksanakan pihaknya pada September tahun lalu di Cawangan Import Eksport JKDM Pelabuhan Klang adalah sistem yang dibangunkan menggunakan kepakaran pegawai JKDM Zon Tengah Unit II Selangor.

“SDSIE dibangunkan untuk mempercepatkan proses taksiran, meningkatkan hasil dan mengurangkan ketirisan dengan ciri keselamatan yang tinggi.

“Sistem ini dilengkapi keupayaan menyimpan dokumen sokongan import eksport secara digital dan boleh diakses semula pada bila-bila masa bagi tujuan auditan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran SDSIE di sini hari ini.

Turut hadir, Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail.

Pada Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinan kepada JKDM untuk mencapai pungutan hasil berjumlah RM56 bilion pada tahun ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata SDSIE antara penyumbang kepada pencapaian cemerlang JKDM tahun ini dan jabatan itu dalam proses memperluaskan sistem berkenaan ke pelabuhan di Johor dan Pulau Pinang.

Pada Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinan kepada JKDM untuk mencapai pungutan hasil berjumlah RM56 bilion pada tahun ini.

Mengulas prestasi penguatkuasaan JKDM bagi tempoh Januari hingga September lalu, Anis Rizana berkata, sebanyak 5,666 kes sudah dihasilkan dengan nilai barangan rampasan termasuk cukai berjumlah RM1.313 bilion.

“Jumlah ini menunjukkan peningkatan nilai 48.53 peratus berbanding RM884.267 juta bagi tempoh sama pada 2023,” katanya.

Beliau berkata, rokok adalah komoditi dengan nilai kes terbesar iaitu RM437.278 juta, diikuti kenderaan, dadah dan minuman keras.

-Berita Harian

Tags: KastamPungutan Hasil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd