• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penghuni Dua PPR Di Seremban Belum Lunaskan Tunggakan Bayaran Sewa Lebih RM3.3 Juta

oleh Mohd Arshad
09/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penghuni Dua PPR Di Seremban Belum Lunaskan Tunggakan Bayaran Sewa Lebih RM3.3 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN: Lebih RM3.3 juta tunggakan bayaran sewa membabitkan dua Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini masih belum dilunaskan kepada Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dua PPR berkenaan ialah Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi dan Rumah Pangsa Kos Rendah Lobak.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali, berkata meskipun pelbagai usaha dibuat selain surat amaran, namun sebahagian penyewa seolah-olah tidak menghiraukan perkara itu.

“Tempoh perjanjian sewaan sebelum ini sudah berakhir pada 31 Disember tahun lalu dan peringatan mengenai perkara ini dibuat melalui surat bertarikh 3 Mei, 24 November, 11 Disember dan 26 Disember 2023.

“Penyewa turut dimaklumkan premis sewaan berkenaan akan ditarik balik dan dikunci berkuat kuasa 1 Januari lalu, jika mereka gagal menjelaskan bayaran tunggakan sewa itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, MBS mengadakan pertemuan dengan penyewa bagi melihat kemampuan membayar tunggakan sewa sekali gus meminta mereka mencadangkan jumlah ansuran bulanan yang mampu dibayar secara konsisten dalam tempoh enam bulan selain menandatangani persetujuan sebagai aku janji.

Masri berkata, penyewa juga bersetuju tindakan penamatan perjanjian dan mengunci rumah akan dilaksanakan sekiranya mereka tidak mematuhi aku janji yang dibuat, namun MBS mendapati masih terdapat penyewa yang gagal untuk mematuhi perjanjian berkenaan.

Beliau berkata, MBS akan mengeluarkan notis penamatan perjanjian sewaan dan mengosongkan premis sewaan berkuat kuasa 1 November ini kepada penyewa yang terbabit serta tindakan itu akan dilakukan secara berterusan dari semasa ke semasa.

“MBS meminta perkara ini dijadikan contoh dan teladan kepada penyewa yang lain supaya menjelaskan bayaran tunggakan sewa kerana kadar yang ditetapkan adalah terlalu rendah iaitu RM150 sebulan,” katanya.

Beliau berkata, bagi tempoh 2021 hingga tahun ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Program Penyenggaraan Perumahan membelanjakan lebih RM6 juta kepada dua PPR berkenaan termasuk membaik pulih rumah rosak dan menaik taraf sistem perparitan.

Bernama-

Tags: Penghuni PPRtunggakan bayaran sewa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd