• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Ditamatkan

oleh Mohd Arshad
03/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Ditamatkan
Share on FacebookShare on Twitter

Jitra : Operasi pencarian pesara pegawai kewangan Felcra, Sabari Baharom, 62, yang dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dekat sini, ditamatkan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Isteri mangsa, Subhiah Ruslina Shahibi, 57, memaklumkan bahawa dia menerima maklumat mengenai perkara itu malam tadi.

Menurutnya, dia dan ahli keluarga akan melawat lokasi kejadian, iaitu di Jambatan Kampung Empa, Derang, dekat sini, hari ini.

Difahamkan, operasi selama tiga hari yang bermula Isnin lepas, meliputi radius 13 kilometer Sungai Padang Terap, tidak menemukan sebarang petunjuk sehingga pencarian dihentikan pada petang semalam.

Operasi pencarian Sabari digerakkan selepas polis menahan dua suspek lelaki berumur 26 dan 38 tahun, Jumaat lepas, bagi membantu siasatan kes kehilangan warga emas itu.

Pada Isnin, polis mengesahkan Sabari dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Sabari hilang sejak 4 September lepas, dan Proton Waja yang dinaikinya ditemukan hangus di Belantik, Sik.

Sementara itu, usaha wartawan untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh masih belum berhasil.

-Harian Metro

Tags: SabariSungai Padang Teraptamat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Bawa Lelaki Bergari Ke Sungai Padang Terap

Polis Bawa Lelaki Bergari Ke Sungai Padang Terap

01/10/2024
0

JITRA: Penduduk Kampung Empa mendakwa melihat kehadiran angggota polis membawa seorang lelaki dalam keadaan bergari meninjau lokasi sekitar Sungai Padang...

Kerajaan Pantau Rapat Perkembangan Terkini Ketegangan Di Asia Barat – PM Anwar

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

14/04/2024
0

TEHERAN - Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Mejar Jeneral, Mohammad Baqeri mengesahkan Iran telah menamatkan serangan balas di bawah Operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd