• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MALBATT Boleh Serang Balas Tentera Israel Jika Kedudukan Diancam – Khaled Nordin

oleh Mohd Arshad
17/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
MALBATT Boleh Serang Balas Tentera Israel Jika Kedudukan Diancam – Khaled Nordin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 di Lubnan boleh membuat serangan balas terhadap tentera Israel sekiranya kedudukan mereka diancam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata serangan balas itu selaras garis panduan mengenai langkah perlindungan seperti yang ditetapkan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL).

“Jika berlaku serangan (oleh tentera Israel), dari segi kalau untuk ‘self defence’ (mempertahankan diri) memang boleh (serang balas), untuk kita membalas tembakan dan sebagainya.

“Tetapi kalau untuk lakukan ‘offensive attack’ (serangan ofensif), maka itu tidak dibenarkan kerana peranan dan tanggungjawab pasukan UNIFIL ini adalah sebagai pengaman. Kalau dia diserang (dan) untuk ‘self defence’ (mempertahankan diri), maka ia (serangan balas) boleh dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) yang bertanyakan sama ada pasukan MALBATT Malaysia di Lubnan boleh membuat serangan balas jika diserang tentera rejim pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, Malaysia masih mengekalkan kedudukan pasukan itu di Lubnan dan sebarang keputusan pengunduran MALBATT serta pasukan pengaman negara lain akan diputuskan oleh UNIFIL.

Mengambil contoh Indonesia, beliau berkata, biarpun ada tenteranya dilaporkan tercedera susulan serangan tentera Israel, kerajaan negara itu memutuskan kedudukan pasukan mereka terus di sana kekal.

“Kita terima hakikat ancaman memang semakin meningkat dan semua perkara yang dilalui itu adalah di bawah kawalan UNIFIL. UNIFIL sudah letakkan garis panduan antaranya soal semua ancaman dan cabaran dihadapi tertakluk kepada tindakan langkah perlindungan.

“Kita memang sudah ada pelan jika keadaan meruncing, tapi keputusan akan dibuat oleh UNIFIL. Kedudukan di sana, kita di bawah perintah UNIFIL dan mereka yang akan buat keputusan, sama ada kita undur atau tidak, bergantung kepada UNIFIL dan persetujuan 50 negara yang hantar pasukan pengamalan termasuk kita,” katanya.

Mengulas fasiliti rawatan di sana, beliau berkata, kemudahan dewan bedah sememangnya disediakan UNIFIL, selain hospital tempatan.

“Dewan bedah memang ada fasiliti di UNIFIL. Ada 50 negara lain terbabit. Dalam soal menyediakan dewan bedah, maka itu diambil tanggungjawab dan disediakan sendiri oleh UNIFIL dan ia terletak kira-kira satu jam dari kem MALBAT kita.

“Sementara di kem kita, ada kemudahan asas untuk rawatan tahap dua dan pada masa sama, kita juga bekerjasama dengan hospital tempatan (di Lubnan),” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, lima anggota pasukan pengaman UNIFIL cedera ketika Israel melakukan serangan terhadap Hizbullah ke selatan Lubnan.

UNIFIL membabitkan kira-kira 9,500 pegawai dan anggota tentera dari sekitar 50 negara yang ditugaskan untuk memantau gencatan senjata yang mengakhiri perang selama 33 hari pada 2006 antara Israel dan Hizbullah.

BHonline-

Tags: MALBATTserang balasTentera Israel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAT Nafi Dakwaan MALBATT Tak Dibekalkan Kit Pertolongan Cemas Individu

PAT Nafi Dakwaan MALBATT Tak Dibekalkan Kit Pertolongan Cemas Individu

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman menafikan dakwaan pasukan Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 tidak...

Tentera Israel Mulakan Operasi Di Hospital Al-Shifa

Tentera Israel Mulakan Operasi Di Hospital Al-Shifa

18/03/2024
0

BAITULMAQDIS : Tentera Israel memaklumkan satu operasi sedang dijalankan di hospital Al-Shifa, Gaza, dengan mendakwa kompleks itu digunakan oleh pejuang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd