• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang

oleh AK-47
14/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kerajaan Persekutuan disyorkan untuk mendapatkan kembali aset berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd daripada pelbagai pihak sama ada dari dalam dan luar negara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Berdasarkan syor Laporan Ketua Audit Negara 3/2024, dana berkenaan penting untuk menampung perbelanjaan balik hutang syarikat 1MDB dan SRC serta perbelanjaan hutang lain memandangkan Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset (AAMKA) akan ditutup selewat-lewatnya 2028, seperti ditetapkan dalam Arahan Amanah AAMKA.

“Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan geran berjumlah RM39.737 bilion kepada syarikat 1MDB bagi tempoh 2019 hingga 2023 untuk tujuan pelunasan prinsipal dan perbelanjaan lain termasuk faedah bon serta bayaran kupon.

“Di samping pelunasan berkenaan, Kerajaan Persekutuan perlu menyediakan peruntukan berjumlah RM9.456 bilion terdiri sejumlah RM5 bilion bagi prinsipal Sukuk Islamic Medium Tern Notes (IMTN) yang akan matang pada 27 Mei 2039 dan RM4.456 bilion bagi bayaran kupon IMTN bagi tempoh 2024 sehingga 2039 (15 tahun enam bulan),” demikian kata laporan itu.

Laporan Ketua Audit Negara 3/2024 juga menyatakan Kerajaan Persekutuan telah mula melaporkan Komitmen Jaminan terhadap pinjaman syarikat 1MDB sebanyak RM32.208 bilion (2017: RM31.651 bilion) dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2018.

“Pelaporan dalam penyata kewangan berkenaan adalah berbangkit daripada ‘Letter of Support’ dan ‘Settlement Agreement’ Pinjaman syarikat 1MDB oleh Kerajaan Persekutuan.

“Kedudukan baki Komitmen Jaminan syarikat 1MDB bagi tempoh lima tahun dari 2019 hingga 2023 telah menunjukkan penurunan berikutan penyaluran geran oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan pelunasan pinjaman syarikat 1MDB,” katanya.

Kerajaan Persekutuan juga menurut dokumen sama yang diterbitkan hari ini, perlu membuat pelunasan bayaran kupon IMTN sebanyak RM287.5 juta setahun dengan unjuran RM4.456 bilion dari 2024 sehingga tempoh matang pada 2039.

-Berita Harian

Tags: 1MDBHutangKerajaanLKANsrc
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dua Lagi ‘Safehouse’ Digeledah, SPRM Temui RM321,000

Next Post

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

27/03/2025
0

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran untuk memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam saman...

Next Post
Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd