• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Sedang Menilai Tahap Kesihatan Mental Kanak-kanak GISBH

oleh Mohd Arshad
01/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KKM Sedang Menilai Tahap Kesihatan Mental Kanak-kanak GISBH
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang membuat penilaian tahap kesihatan mental kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal kendalian GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kanak-kanak yang terjejas dikhuatiri berdepan dengan isu kesihatan mental akibat trauma dihadapi.

“Banyak perkara masih dalam siasatan. Kami (KKM) akan terlibat dari sudut untuk memberi kaunseling dan saya percaya bahagian Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) terlibat di peringkat klinik,” katanya kepada media selepas majlis sambutan Hari Warga Emas peringkat KKM 2024, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, kanak-kanak yang terjejas telah diberikan kaunseling, namun statistik terkini masih belum diperoleh.

Dzulkefly berkata, secara umumnya, NCEMH bekerjasama dalam menyediakan sokongan kaunseling kepada kanak-kanak manakala KKM terlibat dalam hal-hal berkaitan aspek kesihatan dan perubatan.

Beliau berkata, sokongan perkhidmatan secara khusus akan diberikan kepada kanak-kanak yang terjejas berlandaskan kepakaran KKM.

Pada 11 September lepas, polis menyerbu 20 rumah amal dikendalikan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan, dan menyelamatkan 402 kanak-kanak susulan dakwaan pengabaian kanak-kanak, amang seksual dan perbuatan cabul.

Bernama-

Tags: GISBHkanak-kanakKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd