• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes 1MDB: Nasib Najib Diketahui Esok

oleh Mohd Arshad
29/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes 1MDB: Nasib Najib Diketahui Esok
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Selepas perbicaraan mengambil masa selama enam tahun setengah, Mahkamah Tinggi di sini, akan memutuskan esok sama ada Datuk Seri Najib Razak perlu membela diri atau dibebaskan daripada 25 tuduhan penyelewengan berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Najib yang juga bekas perdana menteri dan menteri kewangan didakwa dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Tarikh keputusan di akhir kes pendakwaan itu ditetapkan Datuk Collin Lawrence Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, pada 3 Oktober lalu selepas selesai mendengar hujahan melalui prosiding berlangsung selama 12 hari yang dikemukakan pihak pendakwaan dan peguam bela Najib.

Sekiranya hakim bicara mendapati pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap Najib, maka beliau hendaklah membela diri terhadap semua tuduhan berkenaan, dan mahkamah sama akan membuat keputusan sama ada beliau bersalah atau tidak, di akhir kes pembelaan.

Jika mahkamah memutuskan sebaliknya, Najib yang juga bekas Presiden UMNO dan bekas Ahli Parlimen Pekan itu akan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan.

Sepanjang prosiding bermula 19 Ogos lalu, barisan peguam bela Najib diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bersama-sama Tania Scivetti dan Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin mengambil masa 11 hari setengah untuk mengemukakan hujahan mereka.

Sementara itu, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar bersama-sama Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, hanya mengambil masa setengah hari untuk menghujahkan kes mereka.

Pada 30 Mei lalu, pendakwaan menutup kesnya selepas perbicaraan mengambil masa enam tahun atau 235 hari, selepas 50 saksi selesai memberikan keterangan.

Najib didakwa di Mahkamah Sesyen pada 20 September 2018 dan kes itu dibenarkan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2018, manakala perbicaraan bermula pada 28 Ogos 2019.

Antara saksi penting yang dipanggil memberikan keterangan adalah bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh; bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi; Bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan bekas peguam syarikat itu, Jasmine Loo Ai Swan.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon, di sini di antara 24 Februari 2011 dengan 19 Disember 2014, manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Najib berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama, di antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

Semua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Antara hujahan menarik peguam bela utama Najib, Muhammad Shafee ialah pendakwaan gagal membuktikan anak guamnya menyalahgunakan kedudukan ketika berada di AmIslamic Bank Berhad, di Jalan Raja Chulan seperti dinyatakan dalam tuduhan.

Muhammad Shafee menegaskan bahawa tiada sebarang bukti yang menunjukkan Najib berada di bank berkenaan antara 24 Februari dan 14 Jun 2011.

Pertuduhan pertama menyatakan Najib menyalahgunakan kedudukannya selaku Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat (BOA) 1MDB di AmIslamic Bank Berhad.

Oleh itu, Muhammad Shafee berkata, pendakwaan gagal menunjukkan sama ada secara tersurat mahupun tersirat bahawa wujud tanggapan Najib menyalahgunakan pejabat atau kedudukannya untuk kepuasan diri sendiri mengikut Seksyen 23(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagi pendakwaan pula, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib menghujahkan melalui tindak tanduk Najib membabitkan urusan berkaitan 1MDB, beliau sememangnya mempunyai kepentingan langsung dalam syarikat pelaburan strategik negara itu.

Katanya, kepentingan langsung Najib dalam 1MDB disamarkan dengan individu yang sehingga kini gagal dijejaki pihak berkuasa dan watak yang boleh dipersoalkan.

Menurutnya, fakta menunjukkan bahawa Najib dan proksinya ‘menarik tali’ dengan menggunakan pengaruh untuk mendapatkan kelebihan di sebalik tirai 1MDB.

“Jelas sekali, tertuduh (Najib) adalah ‘tok dalang’ itu,” katanya.

BHonline-

Tags: 1MDBDatuk Seri Najib Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd