Tuesday, November 5, 2024

Creating liberating content

Seramai 454 Individu Ditahan...

PUTRAJAYA - Jumlah tangkapan individu yang melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat...

Fahmi Kemuka Usul Pinda...

Ahli Parlimen Lembah Pantai dari PKR Fahmi Fadzil mengemukakan notis usul kepada Dewan...

Kari Atau Rendang Itik...

ALOR GAJAH - Aidilfitri seolah-olah tidak lengkap tanpa hidangan rendang atau kari itik...

Aznil Nawawi: Seks Bukan...

SEKIAN lama menduda, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Nil...

Jenazah Pesara Guru Dan Anak Dituntut Keluarga

SEREMBAN – Jenazah pesara guru yang maut ditikam pada Sabtu dan anaknya telah dituntut ahli keluarganya di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini pada Ahad.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Jenazah lelaki warga emas berusia 65 tahun itu dan anaknya berusia 35 tahun dibawa keluar dari hospital dengan menaiki van jenazah hospital kira-kira jam 5 petang.

Difahamkan jenazah dua beranak berkenaan yang telah dimandi dan dikafankan akan dibawa ke Masjid Kariah, Kampung Senaling untuk disolatkan.

Jenazah warga emas berkenaan selesai dibedah siasat kira-kira jam 1 tengah hari manakala anaknya jam 4 petang.

Salah seorang ahli keluarga yang ditemui pemberita menolak untuk ditemui bual kerana tidak bersedia.

Bagaimanapun mereka melayan media dengan baik dan turut memohon maaf.


Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki warga emas yang merupakan pesara guru maut akibat ditikam anaknya yang juga pesakit mental di rumah mereka.

Kejadian jam 4.30 petang itu dikatakan berlaku ketika mangsa berusia 65 tahun cuba memujuk suspek yang cuba membunuh diri.

Selepas menikam mangsa, suspek berusia 32 tahun melarikan diri dengan menggunakan kereta dan berjaya ditemui di tepi jalan Pekan Senaling dalam keadaan terbaring dengan mulut berbuih.

Motif kejadian dipercayai suspek mengalami halusinasi dan cuba membunuh diri, namun semasa dipujuk oleh mangsa, suspek secara tiba-tiba bertindak agresif dan menikam mangsa.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori