• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalan Pudu, Loke Yew Lokasi Persundalan Baharu Di Kuala Lumpur

oleh Mohd Arshad
17/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jalan Pudu, Loke Yew Lokasi Persundalan Baharu Di Kuala Lumpur
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa mendedahkan kedai makan dan medan selera sekitar Jalan Pudu serta Loke Yew menjadi kawasan tumpuan aktiviti persundalan terbaharu di ibu negara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dr Zaliha berkata, modus sindiket bertambah kreatif dengan menjadikan premis tersebut sebagai lokasi mengiklankan perkhidmatan terkutuk itu.

Menurutnya, lokasi yang dikenal pasti oleh KL Strike Force itu menjadi cabaran dalam usaha membanteras kegiatan persundalan yang sudah mula berpindah daripada premis konvensional kepada platform digital.

“Lebih-lebih lagi apabila rumah inap, hotel dan kediaman peribadi turut dijadikan sarang aktiviti ini.

“Dalam hal ini, kerajaan menyeru supaya komuniti setempat menjadi ‘mata-mata’ dan melaporkan aktiviti seumpama ini kepada Adu@KL 2.0 atau mana-mana saluran aduan agensi yang menjadi ahli KL Strike Force.

“Aduan boleh dilakukan dengan begitu mudah iaitu menggunakan hashtag #KLStrikeForce di hantaran media sosial,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) dan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) mengenai jumlah premis berkaitan pelacuran dan tindakan penguatkuasaan bagi membanterasnya.

Dalam pada itu, Dr Zaliha menegaskan adalah tidak tepat mengatakan tiada pengurangan ke atas kes persundalan di Kuala Lumpur kerana data tahun 2023 menunjukkan hanya 159 serbuan dan 540 tangkapan sahaja berbanding suku ketiga tahun ini.

“Ingin saya kongsikan statistik semenjak penubuhan KL Strike Force, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi penguatkuasaan telah menyerbu sebanyak 209 buah premis yang menawarkan perkhidmatan persundalan.

“Statistik serbuan bermula dari tarikh 27 Mei 2024 sehingga 30 September 2024 menunjukkan seramai 781 orang telah ditangkap terdiri daripada 149 orang warga tempatan dan diikuti 632 orang warganegara asing berusia lingkungan 18 hingga 61 tahun,” ujarnya.

Tambah beliau, tindakan pembanterasan giat dijalankan bagi menyekat aktiviti persundalan terutama di kawasan yang dikenal pasti berpotensi dalam menawarkan aktiviti itu.

“Tiada tindakan pilih kasih, sama ada penawaran persundalan golongan elit mahupun golongan bawahan, akan diambil tindakan yang sama,” tegasnya.

SinarHarian-

Tags: Jalan Loke YewJalan Pudu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd