• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji Minimum Bukan Gaji Permulaan Untuk Semua Pekerja – Sim

oleh AK-47
21/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Gaji Minimum Bukan Gaji Permulaan Untuk Semua Pekerja – Sim
Share on FacebookShare on Twitter

Permaisuri : Kerajaan mengingatkan majikan supaya tidak menjadikan kadar gaji minimum yang baharu sebagai gaji permulaan kepada semua pekerja termasuk siswazah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 Jumaat lalu, merupakan gaji untuk pekerja asas dengan kelayakan akademik dan kemahiran rendah termasuk pekerja sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar).

“Jadi kita sarankan supaya (pekerja) diberikan gaji setimpal berdasarkan kemahiran atau kelulusan akademik yang ada.

“Jangan jadikan gaji minimum sebagai penanda aras kepada gaji permulaan kepada semua pekerja… Ini (penyelarasan gaji minimum) adalah strategi untuk pekerja paling asas iaitu 4.35 juta pekerja yang masih mendapat gaji di bawah RM1,700.

“Saranan pemberian gaji selaras dengan kelayakan akademik, peranan kerja dan kemahiran ini adalah untuk kebaikan syarikat juga sebab kalau tak diberi gaji setimpal, akan berlaku kes seperti aliran keluar bakat kita dan sebagainya. Kita (majikan) juga tidak dapat bakat dan tenaga kerja yang baik,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pecah Tanah Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Wilayah Timur di Merang di sini, hari ini.

Pada pembentangan Belanjawan 2025 Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kadar gaji minimum dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan berkuat kuasa 1 Februari depan dan 1 Ogos 2025 kepada majikan atau usahawan kecil yang mempunyai lima orang pekerja ke bawah.

Sim juga berkata tempoh penyelarasan gaji yang diberikan itu adalah munasabah dan mencukupi serta majikan diingatkan supaya mematuhi arahan yang ditetapkan.

Beliau juga menggesa mana-mana pihak terutama pekerja yang mengetahui terdapat pelanggaran undang-undang berkaitan perburuhan termasuk gaji minimum supaya melaporkan kepada Kementerian Sumber Manusia terutama Jabatan Tenaga Kerja supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Kenaikan kadar gaji minimum, katanya bukan mahu membebankan golongan majikan namun ia antara lain memberikan pekerja kuasa membeli yang lebih tinggi seterusnya secara tidak langsung membawa limpahan ekonomi kepada usahawan dan syarikat kecil setempat.

-Berita Harian

Tags: Gaji MinimumGaji PermulaanSteven Sim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penduduk Cemas Rasa Gegaran, Disusuli Bunyi Kuat Seakan Dentuman

Next Post

Johor Pantau Perairan, Giat Kesan Tumpahan Minyak

Related Posts

TNB Boleh Jadi Contoh Pelaksanaan Gaji Minimum Kepada Syarikat Lain

TNB Boleh Jadi Contoh Pelaksanaan Gaji Minimum Kepada Syarikat Lain

30/10/2024
0

Kuala Lumpur : Tenaga Nasional Berhad (TNB) dilihat sebagai kayu ukur terhadap pelaksanaan gaji minimum untuk diikuti syarikat lain apabila...

Kesuma Lantik Audit Bebas Ke Atas HRD Corp – Steven Sim

Kesuma Lantik Audit Bebas Ke Atas HRD Corp – Steven Sim

10/07/2024
1

Kuala Lumpur : Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) akan menjalankan audit bebas ke atas HRD Corp. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Next Post
Johor Pantau Perairan, Giat Kesan Tumpahan Minyak

Johor Pantau Perairan, Giat Kesan Tumpahan Minyak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd