• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UAE Beri Vaksin Polio Kepada 460,000 Kanak-kanak Gaza

oleh Mohd Arshad
09/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
UAE Beri Vaksin Polio Kepada 460,000 Kanak-kanak Gaza
Share on FacebookShare on Twitter

DUBAI: Pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menyelesaikan pemberian vaksin polio ke atas 460,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza dalam tempoh lapan hari pertama sejak kempen pemvaksinan bermula, lapor Sputnik yang memetik Agensi Berita Emirates (WAM) pada Ahad.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Secara keseluruhan, seramai 640,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza dirancang akan menerima vaksin polio.

Menurut agensi itu, pemvaksinan sedang dijalankan di 150 pusat oleh lebih 2,000 petugas perubatan.

Kempen pemvaksinan polio di Semenanjung Gaza bermula pada 1 September, dan dijalankan secara bersama dengan pertubuhan kemanusiaan dari UAE, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), UNICEF serta Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat.

UAE sebelum ini memperuntukkan AS$5 juta (RM21.84 juta) untuk kempen pemvaksinan itu.

Pada Julai, Kementerian Kesihatan Gaza mengisytiharkan wilayah itu sebagai kawasan wabak polio, memetik konflik yang berlarutan sebagai punca utama penyebaran penyakit itu.

Israel pada Sabtu mengesahkan bahawa ia akan membuka koridor kemanusiaan untuk petugas perubatan serta menetapkan kawasan selamat bagi pemberian vaksin dalam tempoh masa yang singkat.

Bernama-

Tags: Gazakanak-kanakUAEvaksin polio
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau diminta menggunakan kereta BMW kalis peluru kerana beliau didapati...

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

04/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang mencatatkan kadar tertinggi pandangan tidak memihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd