• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SSPA: Kelayakan Minimum Masuk Perkhidmatan Awam Dinaikkan Kepada SPM

oleh Mohd Arshad
14/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
SSPA: Kelayakan Minimum Masuk Perkhidmatan Awam Dinaikkan Kepada SPM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Selari perubahan dasar pendidikan negara dan akses pendidikan menengah atas, had kelayakan minimum bagi kemasukan dalam perkhidmatan awam kini ditetapkan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Berikutan itu, 11 skim perkhidmatan dengan kelayakan masuk membabitkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR), akan dinaik taraf kepada skim perkhidmatan berkelayakan SPM.

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, skim perkhidmatan terbabit ialah pengawas hutan dengan gred jawatan Sistem Saraan Malaysia (SSM) serta pembantu hidupan liar, masing-masing Gred G11 dan G14.

Seterusnya, pemandu kenderaan, pemandu atau operator jentera pemunggah, pembantu awam serta operator loji, masing-masing membabitkan Gred H11, H14, H16 dan H18.

Pengawal keselamatan (KP11, KP14, KP16 dan KP18); pembantu perawatan kesihatan (U11, U14, U16 dan U18); serta bentara Parlimen, penghantar notis dan pembantu operasi (N11, N14, N16 dan N18).

Menurut pekeliling itu, skim perkhidmatan pemandu kenderaan, pemandu atau operator jentera pemunggah, pembantu awam, operator loji, bentara Parlimen, penghantar notis dan pembantu operasi digabungkan sebagai satu skim perkhidmatan baharu berkelayakan SPM, iaitu pembantu khidmat am serta diklasifikasikan sebagai Perkhidmatan Kemahiran (H).

Penyandang sedia ada pula ditukar lantik ke skim perkhidmatan pembantu khidmat am.

“Skim perkhidmatan pembantu perawatan kesihatan juga dinaik taraf ke skim perkhidmatan berkelayakan SPM, dengan penyandang sedia ada ditukar lantik ke skim perkhidmatan berkenaan.

“Selain itu, skim perkhidmatan pengawal keselamatan dijumudkan dan penyandang sedia ada ditukar lantik ke skim perkhidmatan pembantu keselamatan yang berkelayakan SPM,” menurut pekeliling terbabit yang disiarkan menerusi laman sesawang JPA, semalam.

Pada masa sama, skim perkhidmatan pengawas hutan dan pembantu hidupan liar berkelayakan PT3 atau PMR juga akan dimansuhkan, dengan penyandang sedia ada ditukar lantik ke skim perkhidmatan pengawas hutan dan pembantu hidupan liar berkelayakan SPM.

Dalam pada itu, pekeliling itu turut memaklumkan sebanyak 26 skim perkhidmatan berkelayakan SPM diperluaskan kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Sebanyak 11 skim perkhidmatan berkelayakan diploma dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pula diperluaskan kelayakan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) serta Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).

Penetapan kelayakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) itu mengambil kira bidang bersesuaian dengan skop tugas dalam skim perkhidmatan berkaitan, selain memberi peluang kepada calon berkemahiran untuk menyertai perkhidmatan awam.

Untuk makluman lanjut, boleh layari https://sspa.jpa.gov.my/index.php/pekeliling. 

–BERNAMA

Tags: perkhidmatan awamSPMSSPA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Semua sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah dalam aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwajibkan...

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

06/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang calon pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 17 tahun meninggal dunia akibat strok sehari sebelum peperiksaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd