• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Fokus Bankrapkan Penjenayah Rasuah, Kembalikan Aset Kepada Kerajaan

oleh AK-47
04/09/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
SPRM Fokus Bankrapkan Penjenayah Rasuah, Kembalikan Aset Kepada Kerajaan
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya : Pendekatan penyiasatan dan perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diperkukuh dalam usaha mengesan aset yang dicuri oleh penjenayah rasuah, kata Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, operasi SPRM kini lebih fokus kepada bukan sahaja menangkap pesalah rasuah dan mendakwa mereka di mahkamah, tetapi juga membankrapkan mereka.

“Untuk tahun ini sahaja kita dapat mengembalikan RM1.3 bilion jumlah aset penjenayah dan duit itu (kita) bagi balik kepada kerajaan. Kalau boleh semua agensi penguat kuasa bukan sahaja berusaha menggembleng tenaga, selain menangkap jenayah, tuduh di mahkamah tetapi kita juga merampas semula harta penjenayah yang dicuri.

“Saya nak bankrapkan mereka (penjenayah rasuah) dan ini boleh mendatangkan rasa takut kepada mereka supaya berfikir banyak kali dalam melakukan jenayah rasuah,” katanya kepada Bernama dalam temu bual, baru-baru ini.

Azam berkata, peruntukan undang-undang di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 membenarkan SPRM merampas aset penjenayah untuk mengembalikan hasil yang dicuri kepada kerajaan.

Beliau berkata, usaha berkenaan memerlukan pengetahuan dan kepakaran tinggi daripada pegawai penyiasat serta forensik.

“Bayangkan penjenayah rasuah itu meletakkan harta dalam proksi, siapa tahu. Oleh itu, pendekatan penyiasatan dan perisikan kita mesti mantap dan diperkasa.

“Sebelum mahu menyiasat seseorang itu kita perlu mengenal pasti aset yang dilupuskan dan disalurkan kepada mana-mana pihak supaya kita dapat pastikan aset ini (dikembalikan) semula,” katanya.

Mengambil contoh kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Azam berkata, usaha keras SPRM bersama agensi lain membuahkan hasil apabila RM29 bilion dipulangkan kepada kerajaan daripada kos prinsipal RM42 bilion.

SPRM juga katanya, mewujudkan pasukan petugas di agensi lain seperti Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk berkongsi kepakaran dalam kes-kes sindiket.

-Harian Metro

Tags: KerajaanSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd