• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, January 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Ke Atas GISBH, 740 Rakaman Percakapan Direkod – KPN

oleh Mohd Arshad
18/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Siasatan Ke Atas GISBH, 740 Rakaman Percakapan Direkod – KPN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 740 rakaman percakapan telah dilaksanakan berhubung siasatan ke atas GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan ini diambil menerusi Op Global yang dilaksanakan bagi fasa pertama dan kedua.

“Daripada jumlah yang direkodkan, 30 adalah rakaman percakapan pengadu, saksi (216), mangsa (392) dan suspek (102).

“Jumlah kumulatif kertas siasatan yang telah dibuka bagi Fasa 1 dan 2 adalah sebanyak 33 kertas siasatan,” katanya pada Rabu.

Mengulas mengenai perkembangan Op Global, Razarudin berkata, siasatan kini berada di fasa kedua bermula pada 11 September selepas fasa pertama dimulakan 2 September lalu.

Katanya, sebanyak 10 kertas siasatan dibuka pada Fasa 1 iaitu masing-masing enam di Selangor dan Negeri Sembilan (4), manakala Fasa 2 melibatkan 23 kertas siasatan iaitu 16 di Selangor, Negeri Sembilan (2), Perlis (1) dan Kuala Lumpur (1).

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan, seramai 149 orang mangsa kanak-kanak berumur satu hingga 10 tahun telah diberikan perintah jagaan sementara yang diselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Seksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001.

Baki 243 kanak-kanak masih lagi ditempatkan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dan akan dipindahkan ke pusat jagaan sementara secara berperingkat.

Selain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membekukan 96 akaun melibatkan GISBH bernilai RM581,552.31 mengikut Seksyen 44(1) AMLATFPUAA 2021 selain empat akaun telah ditutup.

-Sinar Harian

Tags: GISBHKPN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

GISBH: Anak Abuya Tidak Salahkan Sesiapa

GISBH: Anak Abuya Tidak Salahkan Sesiapa

07/11/2025
0

KAJANG – Anak bekas pengasas Al-Arqam yang bebas dari Penjara Kajang selepas selesai menjalani hukuman kerana menjadi ahli kumpulan GISB...

AGC Terima Representasi CEO GISBH, 21 Pemimpin Tertingginya Berkaitan Pertuduhan Jadi Ahli Kumpulan Jenayah Terancang Sejak 2020.

AGC Terima Representasi CEO GISBH, 21 Pemimpin Tertingginya Berkaitan Pertuduhan Jadi Ahli Kumpulan Jenayah Terancang Sejak 2020.

30/10/2025
0

KAJANG: Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd