• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

oleh Mohd Arshad
02/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad malam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Aplikasi penjejak penerbangan global, Flight Radar24 menunjukkan MH66 berlepas dari Terminal 1 KLIA 1 jam 12.01 tengah malam Isnin ke Seoul, Korea Selatan berbanding jadual asalnya jam 11.30 malam Ahad.

Ia kemudiannya berpatah balik dan selamat mendarat jam 12.34 tengah malam.

Difahamkan, pesawat tersebut mengalami masalah teknikal.

Sehingga kini, pihak media masih menanti kenyataan dikeluarkan oleh Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Minggu lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mendedahkan masalah komponen mekanikal merupakan antara isu signifikan yang menyumbang kepada beberapa insiden teknikal membabitkan pesawat MAB seperti dilaporkan sejak akhir- akhir ini.

Selain itu, syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara pesawat MAB, MAB Engineering Services (MABES) juga didapati kekurangan pekerja mahir.

Sebelum ini dilaporkan beberapa insiden serupa berlaku membabitkan penerbangan MAS.

Antaranya, MH156 yang dalam perjalanan ke Jeddah pada 4 Ogos lalu terpaksa berpatah balik ke KLIA 1 susulan masalah teknikal.

Dua minggu lalu, MH128 dari Melbourne ke Khala Lumpur pada 19 Ogos turut terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Alice Springs akibat masalah enjin di udara.

Pada 24 Jun, MH780 yang dalam penerbangan ke Bangkok juga berpatah balik ke KLIA selepas mengalami masalah tekanan udara.

Sementara, pada 20 Jun, MH199 yang menuju ke Kuala Lumpur dari Hyderabad terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi pada 3.21 pagi waktu tempatan, disebabkan masalah enjin.

-Sinar Harian

Tags: MASPatah Balik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Notis Pelantikan Berkaitan Penyelesaian MAS – MAB

23/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Notis pelantikan dan alamat penyelesai interim yang berlegar di media sosial adalah berkaitan Malaysian Airline System Bhd....

Abbott Dakwa MH370 Sengaja Ditenggelamkan

19/02/2020
0

SYDNEY - Bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, mendakwa, ‘pemimpin kanan’ Malaysia percaya bahawa pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd