• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Notis Pelantikan Berkaitan Penyelesaian MAS – MAB

oleh
23/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Notis pelantikan dan alamat penyelesai interim yang berlegar di media sosial adalah berkaitan Malaysian Airline System Bhd. (MAS) yang kini sudah tidak berfungsi dan beroperasi lagi, justeru, sama sekali tidak melibatkan Malaysia Airlines Bhd (MAB), jelas MAB hari ini.

“Ia merupakan penyelesaian syarikat lama iaitu MAS. MAB adalah entiti perundangan yang berasingan,” menurut jurucakap MAB kepada Bernama ketika ditanya mengenai siaran notis itu di dalam ruang iklan akhbar.

Beliau berkata, oleh yang demikian, ia sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan MAB.

Berdasarkan Seksyen 513 (1) Akta Syarikat 2016, penyelesai interim perlu menyerah simpan notis pelantikannya, alamat pejabatnya dan apa-apa perubahan alamat dengan Pendaftar dan Pegawai Penerima mengikut cara yang ditentukan Pendaftar dalam tempoh 14 hari daripada tempoh pelantikan atau perubahan alamat tersebut.

Jika gagal berbuat demikian, pihak berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM10,000, jika berterusan boleh didenda tidak melebihi RM500 sehari, sekiranya sabit kesalahan.

Sebagai sebahagian pelan pemulihan, pada 1 September 2015, MAB mengambil alih MAS sebagai syarikat penerbangan negara.

MAB dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan, melalui dana kekayaan negara, Khazanah Nasional Bhd., yang kini sedang mencari rakan kongsi strategik untuk syarikat penerbangan tersebut.

Tags: MABMAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4 Pemimpin PKR Bermesyuarat

Next Post

GPS Dijangka Bincang Agenda Penting Di KL

Related Posts

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

Malaysia Airlines Tawar Cuti Tanpa Gaji 13,000 Kakitangan

12/03/2020
0

SHAH ALAM - Seramai 13,000 kakitangan Malaysia Airlines Berhad diminta mengambil cuti tanpa gaji susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang...

Next Post

GPS Dijangka Bincang Agenda Penting Di KL

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd