Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

KKM Tak Lanjut Tempoh...

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak bercadang memanjangkan tempoh inkubasi daripada 14 kepada 24 hari...

Honda Lancar Barisan CR-V...

SHAH ALAM - Honda Malaysia hari ini melancarkan kenderaan CR-V baru dalam tiga...

Pekerja Kilang Serbu Balai...

SEORANG doktor hospital telah dipanggil selepas didakwa mencabul sekumpulan pekerja wanita yang menuduhnya...

Lelaki Dera Anak Tiri...

SUNGAI SIPUT – Polis akan memanggil seorang lelaki bagi memberi keterangan berhubung satu...

Rayuan Akhir Paul Yong Didengar 23 Oktober

Putrajaya : Mahkamah Persekutuan menetapkan 23 Okt depan untuk mendengar rayuan akhir bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah kerana merogol pembantu rumahnya, lima tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Peguam Yong, Datuk Rajpal Singh ketika dihubungi oleh Bernama hari ini mengesahkan tarikh pendengaran tersebut.

Pada 1 Mac lalu, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1, mengekalkan sabitan bersalah terhadap Yong.


Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengurangkan tempoh hukuman penjara Yong daripada 13 tahun kepada lapan tahun dengan dua sebatan.

Pada 27 Julai 2022, Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak, menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dengan dua sebatan terhadap Yong selepas didapati bersalah merogol pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia berusia 23 tahun, di sebuah bilik di rumahnya di Ipoh pada 7 Julai 2019.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori