Sunday, October 6, 2024

Creating liberating content

MOSTI Peruntuk Dana RM30...

MELAKA - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperuntukkan Dana Malaysia Social Innovation...

Kenangan Zaman Remaja Bersama...

ALOR SETAR - Pemurah, mudah berkawan, berpekerti lembut tetapi tegas adalah antara sifat...

Penganjur LTDL 2018 Jamin...

KUALA LUMPUR - Penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018, Ciclista Sports Sdn...

Mahathir Tinjau Air Terjun...

LANGKAWI – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meninjau keindahan Air...

Pempengaruh TikTok Buat Aksi ‘Drift’ Direman Dua Hari

BALIK PULAU – Seorang pempengaruh media sosial dan 14 individu lain direman dua hari bagi membantu siasatan selepas ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan yang dijalankan pada awal pagi Sabtu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret M Yegeshweriy di Mahkamah Majistret Balik Pulau di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, pempengaruh TikTok berusia lingkungan 20-an yang juga seorang ahli perniagaan itu ditahan semasa melakukan aksi ‘drift’ di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas.

“Benar, dia direman dua hari kerana buat aksi ‘drift’,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Sebelum ini, polis menahan 15 lelaki termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dalam operasi khas samseng jalanan yang dijalankan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas.

Kesemua mereka yang berusia 12 hingga 25 tahun itu ditahan kerana menunggang motosikal dan memandu kereta secara melulu.


Mereka ditahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut Kamarul, polis turut menyita 14 motosikal serta sebuah kereta yang digunakan mereka untuk siasatan lanjut.

Katanya, operasi melibatkan 53 pegawai dan anggota polis termasuk dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.

“Polis turut mengeluarkan 159 saman kerana pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Operasi mencegah mat rempit dan samseng jalanan itu akan dijalankan dari semasa ke semasa terutama pada hujung minggu bagi membanteras kegiatan tersebut,” katanya.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori