• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemerdagangan Manusia: Polis Rekod Keterangan Datuk Seri

oleh Mohd Arshad
03/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis telah merakam seorang individu berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitan seorang ahli politik di negara ini yang dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, saksi itu telah dikesan dan dirakam percakapan pada Isnin.

“Setakat ini, lima individu telah dipanggil untuk memberi keterangan. Kita juga akan merakam percakapan seorang penulis blog secara dalam talian pada hari ini (Selasa) kerana dia berada di Jakarta, Indonesia,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

“Disahkan memang beliau pergi ke Myanmar berkaitan satu pelaburan hartanah di kawasan Myawaddy,” katanya.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap individu lain yang disyaki terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia.

“Tindakan akan diambil di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata, rakyat Malaysia yang menerima tawaran bekerja di luar negara khususnya di negara yang sering dikaitkan sebagai pusat aktiviti jenayah penipuan supaya lebih berwaspada dan membuat semakan terperinci berkaitan tawaran tersebut.

“Orang ramai boleh membuat semakan maklumat di laman web atau semakan melalui agensi berwajib seperti Jabatan Tenaga Kerja dan Kementerian Luar Negeri,” ujarnya.

Terdahulu Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menyerahkan laporan kepada SPRM untuk menyiasat pembabitan seorang ahli politik di negara ini bersama suaminya membabitkan satu kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, modus operandi sindiket ialah memperdaya mangsa secara dalam talian dengan menawarkan pekerjaan yang menarik sebelum memaksa mangsa bekerja sebagai ‘scammer’ penipuan judi secara dalam talian.

Kata Hishamuddin, baru-baru ini tular satu video di media sosial pembongkaran sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar bertajuk ‘Neraka Perbatasan: Jejak Mafia Judi Online dan Perbudakan Digital di Asia’ yang diterbitkan di Indonesia.

Sementara itu, dalam kenyataan di Facebook, Mashitah menafikan beliau terbabit dalam kegiatan itu.

Berikutan itu, Mashitah juga dilaporkan sudah membuat laporan berkaitan tuduhan berkenaan selain telah memberi keterangan di Bukit Aman pada minggu lalu.

SinarHarian-

Tags: pemerdagangan manusiapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd