• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Global: Puluhan Individu Termasuk Kanak-kanak Disyaki Pengikut GISBH Dibawa Naik Van Polis

oleh Mohd Arshad
21/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Op Global: Puluhan Individu Termasuk Kanak-kanak Disyaki Pengikut GISBH Dibawa Naik Van Polis
Share on FacebookShare on Twitter

GOMBAK: Puluhan individu termasuk wanita dewasa, remaja dan kanak-kanak yang diperiksa dalam serbuan di Pusat Perniagaan GISBH, Bandar Country Homes, Rawang, dibawa menaiki van polis sejurus operasi berakhir.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Semua mereka dibawa menaiki enam van dan tiga kereta Perodua Aruz oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalani proses dokumentasi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Mereka adalah antara individu yang ditemui di dalam premis perniagaan dan unit kediaman di pusat perniagaan yang dimiliki GISBH.

Berdasarkan pemerhatian BH yang menyertai operasi berkenaan, mereka yang dibawa untuk pemeriksaan polis berusia sekitar tujuh hingga 50-an.

Operasi oleh Polis Kontinjen Selangor bersama Polis Simpanan Persekutuan (PSP) turut dibantu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Dalam operasi bermula jam 6.30 pagi itu, puluhan lot premis perniagaan seperti kedai dobi, kedai pencetakan, pusat rawatan dan klinik, hotel, bakeri, pusat khidmat media, butik, galeri, restoran dimiliki GISBH diperiksa.

Dalam operasi sama, pihak MPS turut merobohkan beberapa struktur binaan haram selain menyita premis-premis perniagaan dimiliki GISBH yang didapati tidak berlesen.

Selain di Bandar Country Homes, Op Global yang dijalankan di seluruh negara oleh Bukit Aman dan Polis Kontinjen Negeri di seluruh negara.

BHonline-

Tags: Op Globalpengikut GISBH
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Op Global: Isteri Kedua CEO GISBH Antara Dibawa Polis Kelantan Ke Pusat Saringan

Op Global: Isteri Kedua CEO GISBH Antara Dibawa Polis Kelantan Ke Pusat Saringan

21/09/2024
0

KOTA BHARU: Dianggarkan lebih 30 individu termasuk isteri kedua kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH), warga emas, bayi...

‘Mereka Diasingkan Dari Ibu Bapa Sejak Umur Dua Tahun’

‘Mereka Diasingkan Dari Ibu Bapa Sejak Umur Dua Tahun’

13/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Seramai 392 kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan menerusi serbuan Op Global dijalankan pihak polis sebelum ini didapati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd