• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Leftenan Nafi Duduk Atas Perut, Berkali-kali Tampar Pegawai Kadet TLDM

oleh Mohd Arshad
09/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Leftenan Nafi Duduk Atas Perut, Berkali-kali Tampar Pegawai Kadet TLDM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini menafikan di Mahkamah Sesyen, di sini, bahawa beliau duduk di atas perut mendiang J Soosaimanicckam dan menamparnya berkali-kali ketika mangsa menjalani latihan sebagai pegawai kadet di KD Sultan Idris, Lumut, pada 2018.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Leftenan Abdul Ariff Abdul Halim, 29, berkata sedemikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam, Zaid Malek yang mewakili bapa mendiang, S Joseph selaku plaintif dalam samannya terhadap 11 individu, termasuk pegawai TLDM, Panglima TLDM, Majlis Angkatan Tentera Malaysia, Menteri Pertahanan dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ke-15.

Zaid Malek: Merujuk pernyataan saksi kamu, pada 18 Mei 2018, kamu menyatakan si mati tidak membuat latihan, dan saya cadangkan pada waktu itu kamu duduk di atas perut si mati.

Abdul Ariff: Tidak.

Zaid Malek: Bukan saja kamu duduk di atas perut si mati, kamu kemudian menampar si mati berkali-kali serta menjerit dan menengking si mati.

Abdul Ariff: Tidak.

Sebelum ini, bekas pegawai kadet TLDM, Anas Hakimi Mat, memberitahu mahkamah bahawa beliau melihat seorang pegawai berpangkat Leftenan Muda duduk di atas perut Soosaimanicckam serta menamparnya berkali-kali, dan pegawai berkenaan dikenali sebagai Leftenan Muda Ariff.

Terdahulu, Abdul Ariff ketika membacakan pernyataan saksinya berkata pada 18 Mei 2018, beliau bertugas sebagai Duty Leftenan Muda untuk memantau aktiviti fizikal dilakukan Pegawai Kadet Graduan (PKG) dan ketika itu beliau melihat si mati tidak membuat latihan tekan tubi.

“Saya telah pergi kepadanya (Soosaimanicckam) dan berada di belakang si mati dalam kedudukan half squat, lalu menepuk belakang badannya di kawasan bahu beberapa kali serta mengangkat badan si mati untuk membuatkan dia meneruskan latihan terbabit,” katanya pada prosiding perbicaraan kes yang dijalankan secara sidang video menerusi aplikasi Zoom, hari ini.

Saksi defendan kelapan itu yang kini sedang menjalani kursus ‘Nautical Cartographer’ di Dalian Naval Academy, China, bermula 1 Ogos 2024 hingga 31 Jan 2025, berkata beliau tidak pernah bercakap dengan si mati dan hanya mengenali Soosaimanicckam sebagai pelatih PKG.

Sementara itu pegawai perubatan, Dr S Saravanan, 43, memberitahu mahkamah bahawa hasil pemeriksaan bedah siasat ke atas si mati mendapati paru-parunya menunjukkan tanda paru-paru berair (Oedema Pulmonari) dan berat paru-paru si mati melebihi paras normal.

“Oedema Pulmonari boleh menyebabkan kematian dalam masa singkat sekiranya terdapat kegagalan organ penting seperti jantung, hati, buah pinggang atau paru-paru.

“Dalam kes ini, saya berpendapat kegagalan paru-paru disebabkan jangkitan kuman, sebagai punca si mati meninggal dunia dalam masa yang singkat,” kata saksi terakhir defendan itu.

Namun, Saravanan yang merupakan Ketua Jabatan di Unit Perubatan Forensik, Hospital Seri Manjung, Perak, tidak bersetuju dengan cadangan seorang lagi peguam plaintif, Latheefa Koya, bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kelayakan berkaitan forensik patologi.

“Saya mempunyai pengalaman menguruskan kes-kes bedah siasat di hospital berkenaan,” katanya.

Hakim Idah Ismail kemudian menetapkan 28 November depan untuk keputusan kes saman itu.

Menerusi saman yang difailkan pada 19 Mei 2021, keluarga Soosaimanicckam mendakwa kecuaian berlaku di pihak defendan kerana gagal memberi rawatan kecemasan apabila mangsa rebah pada hari kejadian, dan cuai dalam memantau kesejahteraan serta kesihatannya ketika sesi latihan.

Pada 29 Julai lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan kematian Soosaimanicckam sebagai kes homisid dan punca kematian mangsa adalah akibat langsung daripada tindakan pegawai TLDM bertanggungjawab bagi latihan kadet, yang menafikan rawatan perubatan kepadanya.

Bernama-

Tags: leftenanpegawai kadetTLDM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UAE Beri Vaksin Polio Kepada 460,000 Kanak-kanak Gaza

Next Post

Ibu, Anak Tergantung 15 Minit, Flying Fox Tersangkut

Related Posts

Tan Sri Dapat DNAA, Keadaan Mental Tak Sesuai Dibicarakan

Tan Sri Dapat DNAA, Keadaan Mental Tak Sesuai Dibicarakan

12/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini, melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) Tan...

Pegawai Kadet TLDM Mungkin Boleh Diselamatkan Jika Rawat Awal – Pakar Patologi Forensik

Pegawai Kadet TLDM Mungkin Boleh Diselamatkan Jika Rawat Awal – Pakar Patologi Forensik

31/07/2024
0

KUALA LUMPUR - Seorang pakar patologi forensik memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa bahawa pegawai kadet Tentera Laut Diraja...

Next Post
Ibu, Anak Tergantung 15 Minit, Flying Fox Tersangkut

Ibu, Anak Tergantung 15 Minit, Flying Fox Tersangkut

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd