• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Pemerdagangan Manusia Libat Ahli Politik: Polis Kesan Datuk Seri

oleh AK-47
01/09/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Kes Pemerdagangan Manusia Libat Ahli Politik: Polis Kesan Datuk Seri
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang turut mengaitkan pembabitan seorang ahli politik dan suaminya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini pihaknya sudah mengambil keterangan daripada tiga individu termasuk ahli politik itu dan suaminya.

“Kita sedang kesan seorang lagi individu untuk dirakam percakapan selain turut memanggil tiga penulis artikel dalam kes itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 28 Ogos lepas media melaporkan seorang ahli politik yang juga bekas timbalan menteri dipercayai terlibat aktif dengan menjadi dalang kepada kumpulan sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa beroperasi di Myanmar.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim dilaporkan berkata wanita itu bersama suaminya turut memegang jawatan penting selaku pengerusi keselamatan sebuah syarikat dan difahamkan terbabit pada awal 2020.

Baru-baru ini tular sebuah video pembongkaran sindiket itu di Myanmar menerusi YouTube yang diterbitkan di Indonesia, kerana ramai rakyat Indonesia telah menjadi mangsa sindiket terbabit yang secara terangan terlibat dalam aktiviti jenayah pemerdagangan manusia termasuklah melakukan paksaan, penyiksaan, penjualan organ manusia serta jenayah membunuh. 

-Bernama

Tags: ahli politikDatuk SeriKes Pemerdagangan Manusiapolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd