Friday, October 4, 2024

Creating liberating content

Nicol David Berhak Terima...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan...

Bekalan Elektrik Seluruh Negara...

ARAU - Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa berusaha memastikan bekalan elektrik di seluruh...

Bekas Juara Eropah Bantu...

KUALA LUMPUR - Peninju Belarus, Yury Zhukovsky bakal menjadi taruhan kontinjen Muay Thai...

Lebih 17 Juta Dos...

KUALA LUMPUR - Jumlah pemberian vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan...

‘Kami Tahu Dekat Mana Rumah Suami, Keluarga’, Ahli GISBH Didakwa Ugut Bekas Ahli

PUTRAJAYA : Seorang anggota kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah ke atas seorang wanita yang juga bekas anggota organisasi itu, awal bulan ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Mohamad Riza Makar, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Afiq Hasan.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Riza yang juga ahli perniagaan itu didakwa menakutkan secara jenayah ke atas wanita berusia 25 tahun di tempat letak kenderaan Galeria, Presint 4 di sini, kira-kira jam 10 malam, pada 9 September lalu.

Suami kepada tiga isteri yang juga bapa 10 anak itu didakwa mengugut wanita terbabit apabila berkata: “kami tahu dekat mana rumah suami dan keluarga”, dengan niat hendak menyebabkan kegentaran supaya bekas ahli GISBH itu menarik balik laporan polis.


Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya, jika sabit bersalah.

Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman,, manakala tertuduh diwakili peguam Zulfikri Ulul Azmin.

-Berita Harian

  • Lagi berita berkaitan:
  • GISBH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori