• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Jasad Ibu Dan Anak Terpisah Hanya 50 Meter’

oleh Mohd Arshad
29/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Jasad Ibu Dan Anak Terpisah Hanya 50 Meter’
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG TERAP: “Ketika hidup mereka sangat rapat, meninggal pun terpisah jarak hanya 50 meter.”

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Md Tajuddin Awang Mohammad, 47, adalah bapa saudara kepada Salmah Mat Zain, 46, yang ditemukan lemas hari ini selepas dihanyutkan arus ketika mengharungi banjir bersama anak lelakinya, Muhammad Rosman Rohadi, 19, di Kampung Tanjung Kanan di sini, semalam.

Mayat Salmah ditemui tersangkut di bawah timbunan pelepah sawit dan tunggul kayu kira-kira 50 meter dari lokasi jasad anaknya ditemui di kawasan kelapa sawit kampung itu, semalam.

Muhammad Rosman dipercayai cuba menarik tangan ibunya yang ketika itu berpaut pada pokok getah sebelum dihanyutkan arus.

Md Tajuddin berkata, Muhammad Rosman adalah orang kurang upaya (OKU) pembelajaran dan sentiasa menemani ibunya ke mana sahaja.

“Kami tinggal sekampung dan Salmah selalu datang ke rumah saya. Tentulah kami sedih dengan kejadian ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Terdahulu, Md Tajuddin melakukan pengecaman jasad Salmah yang ditemukan dalam keadaan sempurna.

“Bagi pihak keluarga, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk polis, pihak Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta penduduk kampung yang bertungkus-lumus mencari dua beranak ini sejak semalam.

Katanya, jenazah dijangka dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Masjid Aisyah Kampung Tanjung hari ini selepas selesai urusan di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Dua beranak itu dihanyutkan arus banjir di Kampung Tanjung Kiri, Jalan Padang Sanai, di sini, semalam.

Mayat Muhammad Rosman ditemukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) tersangkut pada pelepah kelapa sawit pada jam 5.35 petang semalam manakala jasad ibunya ditemukan jam 7.45 pagi hari ini.

BHonline-

Tags: ibu dan anaklemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd