• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Individu Disyaki Cuba Curi Kabel, Langgar Lari MPV Polis Ditahan

oleh Mohd Arshad
09/09/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Empat Individu Disyaki Cuba Curi Kabel, Langgar Lari MPV Polis Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

Ampang Jaya : Polis menahan empat individu termasuk dua wanita yang bertindak melarikan diri selepas kenderaan dinaiki melanggar kereta peronda polis (MPV) di Jalan Teratai, Taman Bukit Teratai, di sini, Selasa lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian pada jam 2.30 pagi, pihaknya menerima maklumat terdapat beberapa individu dalam keadaan mencurigakan menarik kabel disyaki untuk dicuri.

“Kesemua suspek yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda bertindak melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis.

“Kenderaan suspek bertindak mengundur lalu melanggar bahagian hadapan kenderaan MPV dan melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, pihaknya mengejar kenderaan dinaiki suspek sejauh 200 meter sebelum kenderaan itu melanggar pembahagi jalan di persimpangan masuk Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan hilang jejak.

“Kita berjaya memberkas kesemua suspek berusia 21 hingga 32 tahun di sekitar kawasan Kajang, pada keesokan hari.

“Kita turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbabit dalam kejadian itu dan beberapa alatan memotong kabel,” katanya.

Beliau berkata, semakan lanjut dua suspek mempunyai rekod lampau.

“Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu lalu.

“Dua suspek masih ditahan bagi membantu siasatan kes kecurian kabel, manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan merujuk kepada menghalang penjawat awam,” katanya.

-Harian Metro

Tags: curi kabelpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tunku Mahkota Ismail Kongsi Gembira Harimau Malaya Juara

Next Post

UAE Beri Vaksin Polio Kepada 460,000 Kanak-kanak Gaza

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post
UAE Beri Vaksin Polio Kepada 460,000 Kanak-kanak Gaza

UAE Beri Vaksin Polio Kepada 460,000 Kanak-kanak Gaza

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd