Monday, October 7, 2024

Creating liberating content

Kai Chee Pemenang Super...

LABUAN - Walaupun kurang dikenali dalam dunia muay thai, namun Jian Kai Chee...

Penunggang Basikal Terjatuh, Terkejut...

GAMBAR saat-saat seorang penunggang basikal terjatuh kerana terkejut melihat seorang wanita berbogel di...

Ozlyn Impikan Kandungannya Bayi...

PETALING JAYA - Pelakon Ozlyn yang kini sedang mengandung lapan bulan mengimpikan kandungannya...

Penduduk Kampung Kaki Bukit,...

BALING - Penduduk di Kampung Kaki Bukit, Rambong Batu 7 di sini semakin...

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Perak

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam kenyataan hari ini, METMalaysia memaklumkan amaran yang itu berkuatkuasa sehingga Khamis ini.

Amaran itu dikeluarkan hasil analisis beberapa model cuaca dijalankan METMalaysia terhadap penumpuan angin yang berlaku di utara Semenanjung dan barat Sabah yang dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

Keadaan itu, kata METMalaysia, berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh lebih panjang di kawasan terbabit, serta angin kencang serta laut bergelora di perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka Utara.


Sementara itu, di beberapa negeri lain, METMalaysia menjangkakan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku sepanjang minggu ini.

“METMalaysia juga mengemaskini amaran angin kencang dan laut bergelora bagi Laut China Selatan dan Selat Melaka Utara berkuatkuasa sehingga 21 September ini.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori