• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waspada Dengan Tawaran Bantuan Guna Nama Yayasan Kanser Tunku Abdul Jalil

oleh Mohd Arshad
17/08/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Waspada Dengan Tawaran Bantuan Guna Nama Yayasan Kanser Tunku Abdul Jalil
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Seorang pemandu lori rugi RM150 selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan tawaran bantuan dana yang menggunakan nama Yayasan Kanser Tunku Abdul Jalil.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar berkata, pihaknya menerima laporan dibuat lelaki tempatan berusia 33 tahun itu semalam, selepas menyedari ditipu individu menerusi satu siaran langsung di aplikasi TikTok.

“Mangsa mendakwa, dia menyaksikan satu siaran langsung di TikTok kelmarin atas nama seorang individu yang menawarkan bantuan dana dari Yayasan Kanser Tunku

Abdul Jalil berjumlah antara RM3,000 sehingga RM15,000.

“Jumlah bantuan dana yang ditawarkan bergantung kepada pakej yang dipilih dengan bayaran pendaftaran antara RM50 hingga RM300.

“Terdapat enam pakej ditawarkan individu itu iaitu Pakej A hingga Pakej F dengan kadar bayaran tertentu,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang tertarik dengan bantuan dana yang ditawarkan seterusnya berurusan dengan individu berkenaan melalui aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan keterangan lanjut berkaitan pakej bantuan dana yang ditawarkan itu.

“Mangsa kemudiannya mengikut arahan individu berkenaan dengan membuat pembayaran ke akaun e-wallet melalui kod QR yang diberikan untuk tujuan pendaftaran dan mendapatkan bantuan dana yang ditawarkan,” katanya.

Menurut Kumar, mangsa dijanjikan bahawa bantuan dana berkenaan akan dimasukkan terus ke akaun bank miliknya dalam tempoh 24 jam selepas pendaftaran.

Bagaimanapun, katanya, selepas 24 jam, mangsa mendapati tiada wang yang masuk ke dalam akaunnya dan panggilan mangsa juga disekat oleh suspek.

Kumar berkata, kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Pada masa sama, Kumar berkata, semakan sudah dibuat dengan pihak Yayasan Kanser Tunku Abdul Jalil dan mendapati tiada tawaran bantuan dana sedemikian ditawarkan kepada orang ramai menerusi pakej-pakej yang didakwa.

“Kita ingin memberi peringatan dan menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran bantuan dana yang diterima melalui dalam talian, terutama yang menggunakan nama badan atau yayasan yang membabitkan institusi diraja.

“Buat semakan dengan badan atau yayasan berkenaan untuk mendapatkan kepastian dan kesahihan atas sesuatu tawaran yang diterima,” tegasnya.

-Harian Metro

Tags: scamYayasan Kanser Tunku Abdul Jalil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

17/02/2026
0

BESUT: Seorang kontraktor rugi RM107,995 terpedaya dengan tawaran tender projek tidak wujud. Lelaki berusia 47 tahun itu membuat laporan polis...

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

06/11/2025
0

CHINA HUKUM MATI KETUA SINDIKET PENIPUAN SEMPADAN MYANMAR – OPERASI “CYBER SLAVERY” DIGEMPUR HABIS-HABISAN Oleh Mynewshub  BEIJING, 6 November 2025...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd