SEGAMAT : Seorang wanita kerugian lebih RM290,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan palsu membabitkan pertukaran mata wang asing.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Mangsa berusia 47 tahun dihubungi sindiket melalui WhatsApp mengenai tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan, sebelum membuat berpuluh-puluh transaksi ke pelbagai akaun dengan jumlah RM294,000.
Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Ng Swie Chait, berkata mangsa hanya menyedari ditipu selepas janji pulangan durian runtuh sekelip mata tidak menjadi kenyataan dan menyemak laman sesawang pelaburan berkenaan, sebelum membuat laporan polis malam tadi.
“Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Segamat membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sedang berusaha mengesan suspek untuk siasatan lanjut.
“Polis menasihatkan orang awam membuat semakan dengan pihak berkuasa dan Bank Negara sebelum menyertai apa-apa skim pelaburan atau skim cepat kaya untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan,” katanya.
-Berita Harian