• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tumbuk OKU: LFL Mahu Pertuduhan Jenayah Bukan Tindakan Tatatertib

oleh AK-47
15/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tumbuk OKU: LFL Mahu Pertuduhan Jenayah Bukan Tindakan Tatatertib
Share on FacebookShare on Twitter

Lawyers for Liberty (LFL) menuntut pertuduhan jenayah, dan bukannya sekadar tindakan tatatertib dimulakan terhadap anggota pengiring polis yang didakwa menyerang pemandu e-hailing pekak Ong Ing Keong Mei lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut penasihat kumpulan hak asasi itu, N Surendran, ini kerana kejadian itu menimbulkan trauma kepada mangsa dan adalah kepentingan umum.

“Kes ini bukan hanya melibatkan soal tatatertib polis. Ia melibatkan serangan dan memukul yang dirakam dengan jelas dalam video.

“Mangsa mengalami kesakitan, kecederaan dan trauma emosi,” kata Surendran, yang juga adalah peguam Ong, dalam satu kenyataan hari ini.

Dia mengulas kenyataan Ketua Polis Negara (IGP) Razarudin Husain semalam bahawa suspek, pengiring polis Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang didakwa menyerang Ong, telah dikenakan tindakan tatatertib.

Selain itu, Razarudin turut memberitahu media bahawa siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan.

Mengulas lanjut, Surendran berkata kes itu adalah berkepentingan awam, kerana ia melibatkan serangan tanpa provokasi oleh anggota polis terhadap orang kurang upaya yang mencari rezeki hariannya.

“Kami selanjutnya ambil maklum IGP telah mengesahkan bahawa kertas siasatan telah diserahkan semula kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bulan lepas.

“Kami menggesa Peguam Negara, serta polis, untuk memastikan pertuduhan jenayah yang sewajarnya dimulakan segera terhadap pelaku.

“Bukti video tersedia, dan identiti suspek diketahui polis; tiada sebab untuk menangguh lagi dalam memberikan keadilan kepada Ong,” kata Surendran.

Semalam, Ong menitiskan air mata ketika mendedahkan rakaman video kejadian itu pada satu sidang media. Dia memberitahu melalui penterjemah bahasa isyaratnya, Lucy Lim, bahawa dia masih tertekan akibat kejadian itu.

Pada sidang media itu, Surendran turut menggesa kerajaan mengkaji semula garis panduan pengiring VIP berikutan kes Ong.

Sebelum ini, adalah dilaporkan bahawa polis memberi amaran kepada Ong supaya tidak berkongsi video serangan itu, yang dipatuhinya.

Pada kejadian 28 Mei, Ong membuat laporan polis, mendakwa dia diserang oleh salah seorang pengiring trafik Tunku Ismail ketika menunggu pelanggan di lobi Hotel St Regis di KL Sentral.

Selain serangan, terdapat beberapa dakwaan penyelewengan lain dalam cara polis mengendalikan laporan Ong. Dia didakwa dipaksa untuk bersetuju supaya kes berkenaan ditutup dan ditawarkan RM800 untuk menarik balik laporan polis yang dibuatnya.

Kertas siasatan polis, yang melibatkan serangan dan penyelewengan itu, telah dihantar ke AGC pada 4 Jun.

-Malaysia Kini

Tags: Kes Tumbuk OKULFL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

LFL Gesa Singapura Henti Hukuman Mati Terhadap OKU Mental

14/02/2022
0

Kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) hari ini menuntut Singapura menghentikan pelaksanaan hukuman mati terhadap seorang lagi warga Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd