• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SAR Mangsa Tanah Jerlus Diteruskan, Fokus Rungkai Backlog

oleh Mohd Arshad
30/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
SAR Mangsa Tanah Jerlus Diteruskan, Fokus Rungkai Backlog
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini diteruskan pagi ini selepas ditangguhkan kira-kira 5 pagi tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tinjauan Bernama di lokasi pada 8 pagi mendapati pasukan SAR terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Jabatan Mineral dan Geosains sudah berada di lokasi kejadian dan kawasan sekitar, dipercayai untuk meneruskan operasi.

Difahamkan operasi SAR yang memasuki hari kelapan hari ini masih memfokuskan kepada usaha untuk merungkai ‘backlog’ melibatkan timbunan sepanjang 15 meter di lurang kumbahan di Wisma Yakin, kira-kira 44 meter dari lokasi utama kejadian yang dikesan semalam.

Ini susulan selaman pada 4 pagi tadi oleh dua penyelam skuba dari Akademi JBPM Wilayah Utara sekali lagi tidak berhasil selepas hampir setengah jam selaman.

Pemerhatian Bernama di sekitar lokasi juga mendapati hanya premis perniagaan yang berada di bangunan sahaja banyak dibuka manakala peniaga yang menggunakan khemah atau gerai tepi jalan tidak beroperasi.

Pada 23 Ogos, seorang wanita warga India dikenali sebagai G. Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran.

Operasi SAR diaktifkan pada hari sama melibatkan anggota pasukan keselamatan dan pihak berkuasa tempatan yang telah menggunakan pelbagai teknik termasuk kaedah jetting, flushing dan menyedut air keluar dari lokasi kejadian, dalam usaha mengesan mangsa.

-Harian Metro

Tags: BacklogSARtanah jerlus
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bunuh Nur Farah: 7 Okt Untuk Serah Laporan Kimia, Bedah Siasat

Next Post

Dasar Kerajaan Madani Tidak Ketepikan Kepentingan Kumpulan Miskin – PM

Related Posts

Aktiviti Manusia Punca Tanah Jerlus Di Jalan Masjid India

Aktiviti Manusia Punca Tanah Jerlus Di Jalan Masjid India

07/09/2024
0

SHAH ALAM - Hasil siasatan pelbagai agensi mendapati faktor antropogenik iaitu aktiviti manusia merupakan antara tiga punca berlakunya tanah jerlus...

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

31/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Selepas hampir sembilan hari, operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam tanah jerlus...

Next Post
Dasar Kerajaan Madani Tidak Ketepikan Kepentingan Kumpulan Miskin – PM

Dasar Kerajaan Madani Tidak Ketepikan Kepentingan Kumpulan Miskin - PM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd