• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dasar Kerajaan Madani Tidak Ketepikan Kepentingan Kumpulan Miskin – PM

oleh AK-47
30/08/2024
dalam Politik, Terkini
0
Dasar Kerajaan Madani Tidak Ketepikan Kepentingan Kumpulan Miskin – PM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menegaskan dasar yang diambil Kerajaan Madani tidak akan mengenepikan kepentingan kumpulan miskin di negara ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mengambil contoh majlis pecah tanah Residensi Suria Madani di Taman Desa di sini semalam, Perdana Menteri berkata, ia adalah projek yang memberi manfaat dan keselesaan kepada kumpulan yang kurang berkemampuan untuk tinggal di bandar.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur beri kelulusan dalam tempoh 45 hari…rekod sebelum merdeka sampai sekarang kerana selalunya kelulusan itu antara lapan bulan hingga satu tahun dua bulan. Tapi kalau syarikat itu sediakan umpamanya geotech study, EIA (Environmental Impact Assessment) dan seluruhnya dengan mantap, tak ada sebab tidak boleh diberikan kelulusan dengan begitu cepat.

“Saya syukur kerana dalam masa singkat kita tunjukkan bukti pelaksanaan dengan lebih berkesan. Bila kita luncur projek perumahan rakyat Madani RM200,000 ke bawah di Taman Desa, jadi berdekatan dengan kawasan perumahan tinggi (mewah),” katanya.

Anwar berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) di Bagan Serai, Perak pada Jumaat.

Anwar berkata, ada penduduk yang tulis bantahan kepada beliau dengan mengatakan projek berkenaan tidak sesuai kerana melibatkan bangunan tinggi, yang mungkin akan menjejaskan kebersihan dan kesesakan di kawasan sekitarnya.

Menjawab persoalan itu, beliau berkata, perumahan mewah yang dibangunkan di kawasan itu dahulunya dibina di atas tanah kampung dan ada sebahagian tanahnya dibeli dengan harga yang murah.

“Jadi siapa yang mencuci, siapa yang akan baiki elektrik, siapa yang akan sediakan kemudahan-kemudahan lain kalau bukan pekerja-pekerja kelas bawahan. Di mana mereka harus tinggal? di ceruk rantau?… tidak munasabah.

“Saya tidak memperdulikan bantahan itu asalkan rumah itu tiga bilik, 800 kaki persegi, pengurusan dan penyelenggaraan baik, ada taman hijau, ada taman permainan, jaminan kebersihan, memadailah. Jika tidak (tidak ada projek perumahan rakyat), kita ada satu dasar mengingatkan kepada karya Charles Dickens ‘A tale of two Cities’ iaitu ada satu kota indah di mana ada kelompok paling miskin dan ada kelompok maha kaya.

Justeru Anwar berkata, Kerajaan Madani harus mengenepikan dasar yang meremehkan kepentingan kelompok yang lebih miskin.

“Saya harap ini jadi satu pengajaran kepada semua bandar-bandar dan kota-kota,” katanya. 

-Bernama

Tags: Kerajaan MadaniKumpulan Miskinpm
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Johor Kesal Onn Hafiz Kritik Dasar Kerajaan Madani, Bawa Berbincang

DAP Johor Kesal Onn Hafiz Kritik Dasar Kerajaan Madani, Bawa Berbincang

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali melahirkan rasa kesal kesal kerana Datuk Onn Hafiz Ghazi...

Jangan Jadi ‘Kaki Claim’, Banyak Projek Johor Bermula Sebelum Kerajaan Madani

Jangan Jadi ‘Kaki Claim’, Banyak Projek Johor Bermula Sebelum Kerajaan Madani

30/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemuda UMNO mengingatkan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak jadi 'kaki claim' kerana sebahagian projek berskala besar di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd