• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salur Aduan, Saranan Ke Agensi Berkaitan, Jangan Di Media Sosial – CUEPACS

oleh Mohd Arshad
18/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Salur Aduan, Saranan Ke Agensi Berkaitan, Jangan Di Media Sosial – CUEPACS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : CUEPACS terbuka kepada aduan dan saranan orang ramai berhubung penyampaian perkhidmatan awam supaya penambahbaikan dapat dilaksanakan secara berterusan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bagaimanapun, ia diharap dapat disampaikan melalui saluran yang sewajarnya, termasuk secara langsung kepada jabatan dan agensi berkaitan, Biro Pengaduan Awam atau terus kepada CUEPACS, berbanding dihebahkan di media sosial.

Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat, berkata sebarang ketidakpuasan yang dihebahkan di media sosial, seperti penularan video hanya akan mengundang persepsi, yang mungkin tidak menggambarkan keadaan sebenar.

“Sebaik-baiknya rakyat boleh terus membuat aduan kepada saluran yang berkaitan, termasuk kepada CUEPACS. Kita boleh menerima semua aduan ini kerana kita tahu aduan ini bukan bersifat buruk, sebaliknya untuk penambaikan.

“Justeru, penjawat awam berkenaan akan bersedia untuk memberi perkhidmatan sebagaimana kehendak rakyat,” katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat untuk menilai sendiri kualiti perkhidmatan penjawat awam bermula esok, termasuk melaporkan segala kelemahan dan kecuaian yang dikesan mereka dalam perkhidmatan diberikan.

Perdana Menteri berkata, ia mengambil kira ikrar penjawat awam untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka selepas kerajaan mengumumkan kenaikan gaji kira-kira 1.6 juta kakitangan dalam sektor itu, Jumaat lalu.

Pada masa sama, Adnan berkata, rakyat juga perlu memahami bentuk peningkatan kualiti yang dilaksanakan dalam perkhidmatan awam, antaranya sistem digitalisasi yang memudahkan urusan dilaksanakan secara dalam talian.

Sebagai contoh katanya, terdapat aduan sebelum ini mengenai perkhidmatan kaunter kerajaan, yang mana banyak kaunter ditutup dan hanya beberapa kaunter dibuka untuk melayan pelanggan, sekali gus menimbulkan persepsi negatif.

“Bagi kes seperti ini, pejabat berkenaan perlu memaparkan sebab kaunter itu ditutup, seperti pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan secara atas talian walaupun sebenarnya pelanggan sudah sedia maklum,

“Kita perlu ambil kira juga yang tidak semua rakyat faham dan pemegang taruh kita tahu mengenai perkembangan ini, jadi kitalah yang perlu memaklumkan,” katanya.

Mengenai kenaikan gaji perkhidmatan awam, iaitu 15 peratus bagi pengurusan pelaksana dan tujuh peratus bagi pengurusan tertinggi, Adnan sekali lagi meminta penjawat awam menyambut pengumuman Perdana Menteri itu dengan penuh iltizam dengan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.

Beliau berkata, ada sebahagian daripada penjawat awam yang menjangkakan kenaikan itu adalah sebanyak 42.7 peratus, yang dikira secara langsung sedangkan ia termasuk dalam kenaikan lain.

“Jadi sebenarnya, tiada yang merugikan, sebaliknya Perdana Menteri sudah beri jawapan kepada penantian penjawat awam selama 12 tahun.

“Justeru, balasan kepada pengumuman ini adalah dengan meningkatkan produktiviti, tata kelola dan kecekapan serta memaksimumkan ketersediaan penjawat awam dalam menerima perubahan dan memberi nilai tambah,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Cuepacs
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sarawak Mampu Jadi Tuan Rumah Temasya Sukan Antarabangsa – Hannah

Next Post

Aktivis Buruh Cadang Gaji Maksimum Kurangkan Jurang Gaji ‘Melampau’

Related Posts

Cuepacs Sambut Baik Kenaikan Gaji Kepada Kumpulan Pelaksana

Cuepacs Sambut Baik Kenaikan Gaji Kepada Kumpulan Pelaksana

08/08/2024
0

Kuala Lumpur : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik kenaikan gaji kepada kumpulan pelaksana yang dijangka...

Selepas Hartawan Singapura, Lebih Ramai Lagi Individu Akan Dipanggil SPRM

Cuepacs Gesa Kerajaan Beri Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Penjawat Awam

15/03/2024
0

IPOH - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengulangi gesaan supaya kerajaan Persekutuan memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri...

Next Post
Aktivis Buruh Cadang Gaji Maksimum Kurangkan Jurang Gaji ‘Melampau’

Aktivis Buruh Cadang Gaji Maksimum Kurangkan Jurang Gaji 'Melampau'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd