• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rugi RM410,000 Akibat Sambungan Air Haram Di Tapak Pembinaan Landasan Kereta Api

oleh Mohd Arshad
08/08/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Rugi RM410,000 Akibat Sambungan Air Haram Di Tapak Pembinaan Landasan Kereta Api
Share on FacebookShare on Twitter

Gombak : Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menganggarkan RM410,000 nilai kerugian selepas dua tapak pembinaan projek landasan kereta api di Taman Melati, Gombak dan Serendah, Hulu Selangor, Selangor disyaki melakukan penyambungan bekalan air secara haram sejak setahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Unit Penguat kuasa, Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), Ainal Yusman Mohamad Yusop berkata, nilai itu merangkumi penggunaan bekalan air terawat dianggarkan 250,000 meter padu selama setahun.

Katanya, penyambungan haram itu dikesan di tapak pembinaan selepas Air Selangor membuat siasatan serta melihat kadar pengebilan dan penggunaan mencurigakan.

“Dalam operasi penguatkuasaan mengejut dilakukan di Taman Melati di sini, hari ini, SPAN mendapati dua sambungan menggunakan paip High Density Polyethlene (HDPE) bersaiz 25 milimeter (mm) dan 32mm secara terus kepada paip utama Air Selangor, dengan nilai kerugian RM300,000 bersamaan 175,000 meter padu penggunaan air selama setahun.

“Sambungan yang disyaki tidak sah ini telah menyalurkan bekalan air ke kawasan kediaman sementara pekerja untuk kegunaan harian, selain bekalan ini ditakung dalam beberapa tangki simpanan air untuk mencuci kenderaan yang keluar masuk ke tapak pembinaan ini.

“Pada masa sama, kita juga membuat serbuan serentak di tapak pembinaan projek landasan kereta api di Serendah dan menemui sambungan haram menggunakan paip HDPE berukuran 25mm dengan anggaran RM110,000 nilai kerugian selama setahun penggunaan 75,000 meter padu air,” katanya selepas operasi penguatkuasaan mengejut di Taman Melati di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Penguatkusaan Air Selangor, Nurul Zaiha Zainol.

Ainal Yusman berkata, rekod siasatan juga mendapati premis terbabit tidak mempunyai akaun bekalan air sah yang berdaftar dengan Air Selangor, bagaimanapun pihaknya akan melakukan siasatan lanjut sebelum kompaun mahupun pendakwaan dilakukan.

“Kesalahan ini dilakukan di bawah seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang mana siasatan lanjut akan dilakukan pihak SPAN.

“Di bawah peruntukan undang-undang Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), tiada seorang pun selain pemegang lesen boleh membuat apa-apa sambungan ke suatu sesalur utama awam atau paip air perkhidmatan.

“Jika disabitkan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 123(3) dalam akta sama,” katanya.

Beliau berharap, operasi penguatkuasaan SPAN ini dapat meningkatkan kesedaran awam tentang kesalahan kecurian air dan penyambungan tidak sah sebagai salah satu saha bagi mencegah kegiatan tidak bertanggungjawab ini.

“SPAN memohon kerjasama orang awam untuk melaporkan kes disyaki melakukan kecurian kepada SPAN melalui talian WhatsApp, 03-3885000 atau emel ke [email protected],” katanya.

-Harian Metro

Tags: Sambungan Air Haram
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remaja 14 Tahun Menyamar Sebagai Kakitangan Hospital Serdang

Next Post

Laporan Tesla Batal Pengeluaran Di Asia Tenggara Mungkin Keputusan Komersial – MITI

Related Posts

No Content Available
Next Post
Laporan Tesla Batal Pengeluaran Di Asia Tenggara Mungkin Keputusan Komersial – MITI

Laporan Tesla Batal Pengeluaran Di Asia Tenggara Mungkin Keputusan Komersial - MITI

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd