• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Cedera, Putus Urat Pergelangan Tangan Dilibas Parang

oleh AK-47
02/08/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Polis Cedera, Putus Urat Pergelangan Tangan Dilibas Parang
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Dua anggota polis cedera di tangan ketika bergelut menahan seorang pengedar dadah di sebuah rumah di Taman Melati, Padang Tembak di sini pada Khamis.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, Koperal Mohd Rasyidi Che Ross mengalami luka dan putus urat di pergelangan tangan kiri manakala Inspektor Tie Ngie Sieng luka di tangan kiri.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, sebelum kejadian pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak menerima aduan berkaitan penyalahgunaan dadah melibatkan seorang lelaki berusia 43 tahun.

“Semasa sampai di rumah terbabit, suspek cuba menghalang pihak polis untuk masuk membuat pemeriksaan.

“Suspek kemudian bertindak di luar kawalan dengan mengamuk menggunakan parang dan memecahkan cermin pintu rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, pasukannya bertindak untuk menahan suspek yang enggan memberikan kerjasama ketika dipujuk.

“Polis terpaksa memotong mangga pintu rumah dan berlaku pergelutan menyebabkan kedua-dua polis dan suspek cedera.

“Hasil pemeriksaan menemui dadah jenis ganja seberat 84.72 gram dan methamphetamin seberat 5.54 gram,” katanya.

Azizi berkata, kedua-dua polis dan suspek telah dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan.

“Mohd Rasyidi yang putus urat di pergelangan tangan kiri akan menjalani pembedahan bagi menyambung urat tersebut.

“Suspek positif dadah jenis methamphetamin itu yang mengalami kecederaan luaran masih dirawat di hospital berkenaan,” katanya.

Tambah beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39A(1), 39A(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, Seksyen 324 kerana sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 186 iaitu menghalang tugas penjawat awam,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Parangpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd