• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

oleh AK-47
16/08/2024
dalam Politik, Terkini
0
PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ketika penjawat awam menikmati kenaikan gaji menjelang Disember ini, Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim masih berkhidmat tanpa menerima sebarang gaji.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming malah berkata, gaji anggota jemaah menteri juga kekal dipotong 20 peratus seperti sebelum ini.

“Ini adalah satu lagi bukti Kerajaan Madani komited untuk memimpin melalui teladan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas pengorbanan beliau yang terus berkhidmat untuk negara tanpa menerima sebarang gaji,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini Anwar mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam dinaikkan kepada 15 peratus manakala pengurusan tertinggi dinaikkan pada kadar tujuh peratus.

Pelaksanaan pelarasan gaji itu dilakukan menerusi dua fasa bermula 1 Disember depan dan 1 Januari 2026.

Dalam pada itu Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan itu turut memuji tindakan kerajaan dalam melaksanakan reformasi sistem penjawat awam.

Menurutnya, ganjaran hanya akan diberikan kepada penjawat awam yang layak dan berprestasi dalam menjalankan tugas.

Beliau turut mengingatkan pegawai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang tidak menunjukkan prestasi KPI MyPerformance memuaskan, akan terlepas daripada kenaikan pangkat.

“Ia termasuk ketua-ketua jabatan yang gagal melaporkan salah laku anak buahnya.

“Ini merupakan bukti kerajaan berusaha untuk mempertingkatkan prestasi perkhidmatan penjawat awam, dengan fokus utama memastikan rakyat menerima perkhidmatan berkualiti dan terbaik,” ujarnya.

-Sinar Harian

Tags: GajiNga Kor Mingpm
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Buang Sampah Merata-Rata Jatuhkan Imej Negara – Nga Kor Ming

Buang Sampah Merata-Rata Jatuhkan Imej Negara – Nga Kor Ming

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan bahawa perbuatan membuang sampah merata-rata bukan sahaja mencemarkan...

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd