• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Dituduh Bunuh Ibu Bapa, Anak Saudara

oleh Mohd Arshad
20/08/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Penganggur Dituduh Bunuh Ibu Bapa, Anak Saudara
Share on FacebookShare on Twitter

Muar : Penganggur menghadapi empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, berkaitan kes bunuh dan bakar rumah hingga mengorbankan tiga sekeluarga di Kampung Paya Redan, Pagoh, minggu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Azman Mohamed Nor, 48, berhadapan tiga pertuduhan membabitkan kejadian bunuh ibu, bapa dan anak saudaranya manakala satu lagi pertuduhan mendatangkan kecederaan parah.

Namun, tertuduh hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.

Tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes terbabit di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa membunuh bapanya, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 48; ibunya, Ara Abd Hamid, 76; dan anak saudara Noradriana Nor Hasyim, 11.

Ketiga-tiga kejadian itu berlaku antara 1 hingga 3 pagi, di rumah di Jalan Sekolah Kampung Paya Redan, 9 Ogos lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Arif Marzuki manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 24 Oktober ini untuk sebutan semula kes itu serta tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, tertuduh berhadapan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang lagi anak saudara, 14, dengan menggunakan sebatang kayu dan semua kejadian ini juga berlaku pada tarikh, tempat dan waktu sama.

Untuk pertuduhan ini, tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Hukuman bagi kesalahan ini ialah tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga denda atau sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagi pertuduhan ini, mahkamah menetapkan 12 September ini untuk fakta dan hukuman.

-Harian Metro

Tags: Penganggur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Belum Ada Cadangan Laksana Program Vaksinasi Mpox

Next Post

Malaysia Berhubung Rapat Negara ASEAN Pantau Kes Cacar Monyet

Related Posts

Penganggur Bunuh Adik, Ibu Saudara, Dihukum Penjara 35 Tahun, 24 Sebatan

Penganggur Bunuh Adik, Ibu Saudara, Dihukum Penjara 35 Tahun, 24 Sebatan

14/11/2024
0

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 35 tahun kepada seorang penganggur kerana membunuh adik lelaki dan ibu...

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

13/08/2024
0

Shah Alam : Seorang penganggur yang sebelum ini tular di media sosial terbabit cubaan samun juruteknik di sebuah stesen minyak...

Next Post
Malaysia Berhubung Rapat Negara ASEAN Pantau Kes Cacar Monyet

Malaysia Berhubung Rapat Negara ASEAN Pantau Kes Cacar Monyet

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd