• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Ada Cadangan Laksana Program Vaksinasi Mpox

oleh AK-47
20/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Belum Ada Cadangan Laksana Program Vaksinasi Mpox
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan program vaksinasi bagi penyakit cacar monyet atau Mpox untuk rakyat negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata setakat ini tiada perbincangan dibuat mengenai perkara itu, namun kajian secara mendalam perlu dibuat terlebih dahulu sekiranya terdapat keperluan untuk melaksanakannya.

“Setakat ini kita tak ada pun bercakap tentang vaksin ini dan sekiranya ada pun, kita akan kaji sepenuhnya keperluan berkenaan MPox ini. Kalau kita lihat pada garis panduan dan juga cara jangkitan, ia boleh dielak jika individu itu mengambil langkah berhati-hati, umpamanya dengan mengamalkan kebersihan kendiri dan lain-lain.

“Biasanya simptom jangkitan Mpox boleh dilihat dengan jelas melalui tanda-tanda fizikal seperti tompok-tompok di badan dan pesakit sendiri boleh merasakan kesannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Saintifik Kesihatan Sempadan Malaysia-Thailand ke-34 di George Town hari ini.

Mengulas lanjut, Lukanisman berkata setakat ini tiada kes jangkitan baharu direkodkan dalam negara, namun pihaknya sentiasa memantau rapat perkembangan kes itu dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi dari semasa ke semasa.

Selain itu, beliau berkata buat masa ini tiada halangan kepada rakyat negara ini untuk ke luar negara, tetapi perlu sentiasa berwaspada dengan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

Lukanisman berkata kerajaan ketika ini sedang melaksanakan kawalan ketat di pintu masuk negara serta sempadan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap kemasukan pengembara dari luar.

“Setakat ini proses yang kita lakukan adalah sama seperti ketika pandemik (COVID-19). Semua langkah berjaga-jaga telah diambil oleh agensi-agensi yang berkenaan terutama sekali di pintu masuk imigresen, lapangan terbang dan juga di sempadan serta kita akan rujuk kepada mereka jika ada keperluan,” katanya.

Sebelum ini KKM dalam kenyataan memaklumkan sentiasa bersiap sedia melalui pengukuhan aktiviti pengawasan dan sokongan berkaitan Mpox termasuk meningkatkan pemantauan di semua pintu masuk antarabangsa.

Ini susulan pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa Mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa untuk kali kedua pada 14 Ogos lepas.

-Bernama

Tags: mpoxProgram Vaksinasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mpox: Jabatan Kesihatan Kelantan Akan Pantau Individu Pulang Dari Negara Berisiko

Mpox: Jabatan Kesihatan Kelantan Akan Pantau Individu Pulang Dari Negara Berisiko

18/09/2024
0

Kota Bharu : Jabatan Kesihatan Kelantan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen bagi mengenal pasti mana-mana penduduk di negeri itu yang pulang...

Mpox Merebak Melalui Kontak Rapat Berpanjangan, Tidak Mudah Menular Seperti COVID-19 – Pakar

Mpox Merebak Melalui Kontak Rapat Berpanjangan, Tidak Mudah Menular Seperti COVID-19 – Pakar

01/09/2024
0

KOTA BHARU: Kanak-kanak, individu berimuniti rendah, penghidap ekzema dan wanita mengandung mudah mendapat jangkitan Mpox atau cacar monyet yang teruk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd