• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemain Bola Sepak Tular Tunjuk Kerambit Dipenjara 14 Hari

oleh AK-47
16/08/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Pemain Bola Sepak Tular Tunjuk Kerambit Dipenjara 14 Hari
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang pemain bola sepak amatur yang gambarnya membawa kerambit tular di media sosial, dipenjara 14 hari oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menunjukkan senjata tajam itu dalam perlawanan bola sepak, dua minggu lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Nur Iman Shafie Mohd Sulin, 22, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Lelaki itu didakwa menunjukkan sebilah kerambit yang mana perbuatan itu dilakukan dengan gopoh sehingga membahayakan keselamatan orang lain di Pusat Bola Sepak KLFA, Desa Melawati di Kuala Lumpur, pada 12.45 tengah malam, 4 Ogos lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM500 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latif memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.

Peguam Muhammad Syawal Mohd Razak mewakili tertuduh bagaimanapun memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya hanya membantu ibu bapanya menjual nasi lemak secara kecil-kecilan, selain bapanya kerap sakit dada serta batuk manakala ibunya mempunyai darah tinggi, sakit lutut dan mempunyai batu hempedu yang perlu mendapatkan rawatan seminggu sekali di Hospital Selayang.

“Tertuduh memohon maaf dan telah insaf serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama. Tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan wajar diberikan peluang kedua untuk memperbaiki diri,” katanya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang memakai jersi nombor tujuh menunjukkan senjata itu di padang pusat bola sepak berkenaan.

Dia dikesan membawa kerambit ke padang ketika berlaku perselisihan faham dalam perlawanan bola sepak di Pusat Bola Sepak KLFA pada 4 Ogos lepas, selepas gambar kejadian itu kemudiannya tular di media sosial.

Di hadapan hakim sama, Muhammad Nur Iman Shafie mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama-sama empat lagi yang telah dituduh membaling empat botol yang telah dinyalakan dengan api ke sebuah kelab hiburan di Jalan Yap Kwap Seng, di sini, sehingga menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan kelab itu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum 14 tahun dan dikenakan denda.

Nidzuwan memohon mahkamah mengenakan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin manakala peguam Haziq Aizuddin Subhi yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah kerana anak guamnya membantu keluarga selain telah memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan.

Norina membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 25 Sept ini untuk serahan dokumen.

-Bernama

Tags: Kerambitpemain bola sepakPenjara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengaktifan Tanpa Sengaja ‘Lift Dump Spoiler’ Oleh Kru Penerbangan Punca Nahas Pesawat

Next Post

‘Menteri’ Ajaran Sesat Millah Abraham Ditahan

Related Posts

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

23/05/2025
0

Melaka: Pekerja kafe dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini kerana menyebabkan janin berusia lima bulan...

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

07/03/2025
1

Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap empat warga Myanmar kerana menyeludup 31 migran ke negara...

Next Post
‘Menteri’ Ajaran Sesat Millah Abraham Ditahan

'Menteri' Ajaran Sesat Millah Abraham Ditahan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd